|
Penyanyi Indonesia, Putri Ariani berjaya mara ke pentas akhir program America's Got Talent (AGT) musim baharu pada 26 September ini selepas mendapat tepukan berdiri dan membuatkan Simon Cowell hilang kata-kata menerusi persembahan terbarunya.
Putri, 17, mendendangkan lagu U2 berjudul I Still Haven't Found What I'm Looking For dengan versi tersendiri sambil duduk bermain piano. Cowell yang juga juri program itu paling teruja dengan persembahan menakjubkan terbabit serta mengakui sangat bersyukur Putri mencuba nasib untuk musim baharu AGT. "Saya sebenarnya agak kehilangan kata-kata sekarang. Sungguh indah suara kamu. Versi yang cukup indah. Dan sejujurnya Putri, disebabkan inilah saya masih buat pekerjaan ini. "Seikhlasnya untuk momen-momen seperti ini. Ia (persembahan) sangat indah," katanya. Tiga juri lain iaitu Sofia Vergara, Heidi Klum, dan Howie Mandel juga sangat bersetuju persembahan berkenaan antara yang terbaik pernah mereka saksikan.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.146367 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.