Pelakon, Marissa Yasmin, 45, hairan dengan tindakan bekas suaminya, Muhzir Mohd Zainuddin yang minta dikecualikan hadir dalam sebutan kes mahkamah berkenaan rayuan untuk mengubah keputusan asal yang diputuskan pada 2020.
Keputusan mahkamah membabitkan harta sepencarian menyaksikan Marissa memperoleh rumah, pembahagian harta (kereta) dan hutang bekas suami kepadanya perlu dibayar semula. "Saya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama peguam untuk sebutan kes pada 29 Ogos lalu dan buat masa ini semua hujahan dalam bentuk bertulis. "Akan tetapi pihak perayu (bekas suami) harus kemukakan sebab-sebab yang munasabah untuk pihak hakim semua mendengar dan dapat mengurangkan keputusan penghakiman terdahulu apa yang saya dapat. "Bagaimanapun pihak peguam lelaki minta perayu dikecualikan hadir. Maksudnya dia tak nak hadir sepanjang sebutan kes nanti," katanya.
Marissa berkata, sebagai pihak yang membuat rayuan, bekas suami sepatutnya kena hadir untuk mendengar hujahan peguam yang mewakilinya. "Ada lagi tiga tarikh hujahan bertulis sebelum kami masuk mahkamah bermula 14 Disember nanti untuk sebutan semula. Sekarang masih di peringkat pihak lelaki perlu bagi hujah penuh dan hujah balas dari pihak saya serta hujah balas semula dari pihak mereka. "Selepas itu barulah hujahan penutup yang dikira terakhir dari kedua-dua belah pihak. Dia harus kemukakan hujah berdasarkan apa yang penghakiman dah bagi. "Mungkin mereka nak 'highlight' balik apa yang penghakiman saya dapat untuk mengurangkan apa yang saya dapat," katanya. Menurutnya, pihaknya akan membalas semula secara bertulis apa yang mereka nak pihaknya kurangkan sedangkan dia naik turun mahkamah sudah bertahun untuk mendapatkan penghakiman sebelum ini. "Sekarang dia nak bagi hujah lagi untuk kurangkan apa yang saya dapat. Jadi, pihak kami masih lagi menunggu untuk dia kemukakan apa yang dia nak lontarkan tapi tak boleh ada bukti-bukti yang baru. Itu saja," katanya. Marissa atau nama sebenarnya Marissa Yasmin Mariam Yaakob bercerai talak satu dengan Muhzir yang juga Pengurus Jualan Teknologi Maklumat pada 14 Januari 2016. Episod perceraian mereka tidak semudah pasangan lain apabila Muhzir bertindak mengemukakan empat saman terhadap Marrisa. Keputusan akhirnya berpihak kepada Marissa apabila memenangi kes itu pada 2020. Sumber: Harian Metro
|
mamajawie replied at 7-9-2023 03:55 PM
yeke hensem?tepek gmba chuollss nk tgok ensem je idok?
supernaturalee replied at 7-9-2023 04:01 PM
ensem ke idokkk
btw acik ni igtkn dh 50s
sokmo bwk watak mak2 gojes yg ada anak young adult
supernaturalee replied at 7-9-2023 04:01 PM
ensem ke idokkk
btw acik ni igtkn dh 50s
sokmo bwk watak mak2 gojes yg ada anak young adult
mamajawie replied at 7-9-2023 04:03 PM
cik marissa masa tribute citer bini tersakiti jelantah tu umo baru 35 klu x silap yachh..
moonela replied at 7-9-2023 04:05 PM
btw minik bernombor kah?
supernaturalee replied at 7-9-2023 04:01 PM
ensem ke idokkk
btw acik ni igtkn dh 50s
sokmo bwk watak mak2 gojes yg ada anak young adult
krustykrab replied at 8-9-2023 09:20 PM
Yg mana 1 ex dia? Kalau yg beruban tu mmg la tak elok pun..yg sebelah mmg umphhh
makadek replied at 8-9-2023 10:01 PM
Dia ni dr mula belakon dh bwk watak mak2
Pastu dia signature sendiri..
Suka bahasakan watak anak kep ...
ADVERTISEMENT