CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5683|Reply: 19

Marissa Yasmin Hairan Bekas Suami Tak Nak Hadir Di Mahkamah

[Copy link]
Post time 7-9-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Marissa Yasmin, 45, hairan dengan tindakan bekas suaminya, Muhzir Mohd Zainuddin yang minta dikecualikan hadir dalam sebutan kes mahkamah berkenaan rayuan untuk mengubah keputusan asal yang diputuskan pada 2020.


Keputusan mahkamah membabitkan harta sepencarian menyaksikan Marissa memperoleh rumah, pembahagian harta (kereta) dan hutang bekas suami kepadanya perlu dibayar semula.


Pelakon, Marissa Yasmin bersama peguamnya.




"Saya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama peguam untuk sebutan kes pada 29 Ogos lalu dan buat masa ini semua hujahan dalam bentuk bertulis.


"Akan tetapi pihak perayu (bekas suami) harus kemukakan sebab-sebab yang munasabah untuk pihak hakim semua mendengar dan dapat mengurangkan keputusan penghakiman terdahulu apa yang saya dapat.


"Bagaimanapun pihak peguam lelaki minta perayu dikecualikan hadir. Maksudnya dia tak nak hadir sepanjang sebutan kes nanti," katanya.


Marissa berkata, sebagai pihak yang membuat rayuan, bekas suami sepatutnya kena hadir untuk mendengar hujahan peguam yang mewakilinya.


"Ada lagi tiga tarikh hujahan bertulis sebelum kami masuk mahkamah bermula 14 Disember nanti untuk sebutan semula. Sekarang masih di peringkat pihak lelaki perlu bagi hujah penuh dan hujah balas dari pihak saya serta hujah balas semula dari pihak mereka.


"Selepas itu barulah hujahan penutup yang dikira terakhir dari kedua-dua belah pihak. Dia harus kemukakan hujah berdasarkan apa yang penghakiman dah bagi.


"Mungkin mereka nak 'highlight' balik apa yang penghakiman saya dapat untuk mengurangkan apa yang saya dapat," katanya.


Menurutnya, pihaknya akan membalas semula secara bertulis apa yang mereka nak pihaknya kurangkan sedangkan dia naik turun mahkamah sudah bertahun untuk mendapatkan penghakiman sebelum ini.


"Sekarang dia nak bagi hujah lagi untuk kurangkan apa yang saya dapat. Jadi, pihak kami masih lagi menunggu untuk dia kemukakan apa yang dia nak lontarkan tapi tak boleh ada bukti-bukti yang baru. Itu saja," katanya.


Marissa atau nama sebenarnya Marissa Yasmin Mariam Yaakob bercerai talak satu dengan Muhzir yang juga Pengurus Jualan Teknologi Maklumat pada 14 Januari 2016.


Episod perceraian mereka tidak semudah pasangan lain apabila Muhzir bertindak mengemukakan empat saman terhadap Marrisa.


Keputusan akhirnya berpihak kepada Marissa apabila memenangi kes itu pada 2020.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 03:52 PM | Show all posts
ex suami punyala ensem tapi perangai nak menyusahkan ex bini. cerai elok2 tenang2 sudehh. aman2
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 03:55 PM | Show all posts
yeke hensem?tepek gmba chuollss nk tgok ensem je idok?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 04:01 PM | Show all posts
mamajawie replied at 7-9-2023 03:55 PM
yeke hensem?tepek gmba chuollss nk tgok ensem je idok?

ensem ke idokkk
btw acik ni igtkn dh 50s
sokmo bwk watak mak2 gojes yg ada anak young adult


Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 04:03 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 7-9-2023 04:01 PM
ensem ke idokkk
btw acik ni igtkn dh 50s
sokmo bwk watak mak2 gojes yg ada anak young adult

cik marissa masa tribute citer bini tersakiti jelantah tu umo baru 35 klu x silap yachh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 04:05 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 7-9-2023 04:01 PM
ensem ke idokkk
btw acik ni igtkn dh 50s
sokmo bwk watak mak2 gojes yg ada anak young adult

btw minik bernombor kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2023 04:06 PM | Show all posts
mamajawie replied at 7-9-2023 04:03 PM
cik marissa masa tribute citer bini tersakiti jelantah tu umo baru 35 klu x silap yachh..

tu lah pasal
menten ye bwk watak2 gitu je
nk milih sgt pun susah
terima je lh janji masyuk nk2 plk dh single ni
die berlakon pun xde la kejung xde la atas papan pun

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 04:24 PM | Show all posts
moonela replied at 7-9-2023 04:05 PM
btw minik bernombor kah?

entah
dlm  1 artikel yg iol jumpa xde pula mention

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok dia ni. Elegan
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Meletop yg nama marissa sehari dua ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama betul dah kisah kes mahkamah dia ni aku rasa.. dulu2 baca kat newspaper..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 7-9-2023 04:01 PM
ensem ke idokkk
btw acik ni igtkn dh 50s
sokmo bwk watak mak2 gojes yg ada anak young adult

Yg mana 1 ex dia? Kalau yg beruban tu mmg la tak elok pun..yg sebelah mmg umphhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dr mula belakon dh bwk watak mak2
Pastu dia signature sendiri..
Suka bahasakan watak anak kepada awak
Tk cya tgk la drama2 tu
Bahasakan diri i or sy sbgai mak
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
jarang2 orang umur 40s ada 3 patah nama. tertarik i dgn nama dia, marissa yasmin mariam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sory marissa... forumer sibuk ngan marissa lain..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lamanya kes...bekas lakinya ni dah nape menyusahkan betul la. muke ensem tp peel huduh ni yg meluat, dah tua pun makin menjadi-jadi kejinya tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2023 07:33 AM | Show all posts
krustykrab replied at 8-9-2023 09:20 PM
Yg mana 1 ex dia? Kalau yg beruban tu mmg la tak elok pun..yg sebelah mmg umphhh

yg kanan tu la. yg uban tu lawyer lakinya kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 8-9-2023 10:01 PM
Dia ni dr mula belakon dh bwk watak mak2
Pastu dia signature sendiri..
Suka bahasakan watak anak kep ...

Ke sbb dia sndri x pnh ada anak
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni org peghelih ke ek..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya Marissa Yasmin ni. Iols tgk dia berlakon jadi mak mak sejak iols kecik lagi, iols dah besar dia still maintain awet muda. Jarang dgr kontroversi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065278 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list