|
Penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik cemas apabila isteri dan anaknya hampir dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Puncak Alam, baru-baru ini.
Menerusi muat naik di Instagram itu, video tersebut menunjukkan detik sebelum sebuah kereta merempuh sebuah premis kedai dan lebih mengejutkan, isteri dan dua anak serta anak saudaranya berada dalam bangunan tersebut untuk membeli barangan keperluan haiwan. "Ketika ini, isteri saya, anak buah, Umaira dan Iyyen berada di dalam kedai. "Aimi sedang memilih barang kucing, anak lelaki saya paling hampir dengan kejadian," tulisnya. Issey meluahkan rasa syukur kerana kejadian tersebut tidak menimpa keluarganya namun bersimpati dengan mangsa yang terlibat. "Alhamdulillah, Allah lindung kami sekeluarga. Kecederaan berlaku pada mangsa di luar. Katanya terus dirawat di hospital dan kecederaan ringan.
"Alhamdulillah semuanya selamat. Saya bersimpati dengan apa yang terjadi. Ketika ini saya tiada di tempat kejadian. "Bagi pihak saya dan keluarga, kami syukur tidak ada apa yang berlaku. Saya doakan untuk masa akan datang agar semuanya terhindar dari kemalangan seperti ini lagi," katanya.
|
bambimo replied at 7-9-2023 03:15 PM
Ic anak dia ke
Alhamdulillah semoga xde kecederaan yg memudaratkan...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049330 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.