Kota Kinabalu: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terhibur apabila ada yang memanggil baginda 'Pakcik Agong' dan 'Abang Agong' sepanjang Kembara Kenali Borneo di Sabah sejak Ahad lalu.
Baginda bertitah, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dipanggil 'Datin Permaisuri' ketika disapa masyarakat pelbagai etnik di sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo. "Saya terharu apabila anak muda panggil saya Pakcik Agong, ada juga yang panggil saya Abang Agong, ada juga panggil gong, gong, gong. Sekurang-kurangnya menghiburkan saya. "Raja Permaisuri Agong (dipanggil) Datin Permaisuri, ada pujian-pujian kepada isteri saya, ooh cantik sekali, alhamdulillah," titah baginda pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena Kembara Kenali Borneo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini malam tadi.
Keberangkatan tiba Seri Paduka dan Permaisuri ke majlis itu disambut Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda amat gembira dan begitu terharu atas layanan mesra rakyat Sabah sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo di negeri ini. "Keramahan rakyat yang saya temui di sepanjang perjalanan terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum, Kadazandusun, Bajau, Rungus, Tagahas, Kagayan, Murut, Orang Sungai, Iranun, Kadayan, Bisaya, Cocos, saya begitu terharu. "Saya nak sebut setiap kaum ini kerana setiap kali mereka menghulur tangan, saya mesti salam kerana saya tak tahu dia golongan mana. Pada saya mereka ini semua sama, bagi saya rakyat Malaysia, rakyat Sabah. "Ini mustahak kerana niat saya adalah merapatkan dan menyantuni setiap kaum, setiap rakyat. Selagi saya mampu menghulur tangan, saya tetap hulur," titah baginda.
|
pengecatbintang replied at 11-9-2023 10:14 PM
rugi ler tak jelajah Sabah...
kalo road journey :
ADVERTISEMENT