CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2964|Reply: 7

Kembara Kenali Borneo: Al-Sultan Abdullah Terhibur Dipanggil Pakcik Agong

[Copy link]
Post time 7-9-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terhibur apabila ada yang memanggil baginda 'Pakcik Agong' dan 'Abang Agong' sepanjang Kembara Kenali Borneo di Sabah sejak Ahad lalu.


Baginda bertitah, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dipanggil 'Datin Permaisuri' ketika disapa masyarakat pelbagai etnik di sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo.






"Saya terharu apabila anak muda panggil saya Pakcik Agong, ada juga yang panggil saya Abang Agong, ada juga panggil gong, gong, gong. Sekurang-kurangnya menghiburkan saya.


"Raja Permaisuri Agong (dipanggil) Datin Permaisuri, ada pujian-pujian kepada isteri saya, ooh cantik sekali, alhamdulillah," titah baginda pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena Kembara Kenali Borneo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini malam tadi.


Keberangkatan tiba Seri Paduka dan Permaisuri ke majlis itu disambut Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda amat gembira dan begitu terharu atas layanan mesra rakyat Sabah sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo di negeri ini.


"Keramahan rakyat yang saya temui di sepanjang perjalanan terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum, Kadazandusun, Bajau, Rungus, Tagahas, Kagayan, Murut, Orang Sungai, Iranun, Kadayan, Bisaya, Cocos, saya begitu terharu.


"Saya nak sebut setiap kaum ini kerana setiap kali mereka menghulur tangan, saya mesti salam kerana saya tak tahu dia golongan mana. Pada saya mereka ini semua sama, bagi saya rakyat Malaysia, rakyat Sabah.


"Ini mustahak kerana niat saya adalah merapatkan dan menyantuni setiap kaum, setiap rakyat. Selagi saya mampu menghulur tangan, saya tetap hulur," titah baginda.


  



Titah baginda, kembara berkenaan dibuat dan dinamakan sebagai Kembara Kenali Borneo kerana teringin melihat seluruh pelosok Sabah dan Sarawak selepas hanya melawat Kota Kinabalu dan Kuching setiap kali ke kedua-dua negeri sebelum ini.


"Luar dari Kota Kinabalu atau Kuching saya tidak pernah jejak. Jadi saya fikir, umurpun sudah meningkat, saya cuba nak melihat sendiri dengan mata kasar saya bersama keluarga, nak tengok keadaan, nak kenal rakyat Sabah di seluruh pelusuk luar Kota Kinabalu.


"Alhamdulillah, ini sudah saya dapat realisasikan di Sabah mulai 3 September hingga hari ini, saya sudah memandu sendiri kereta sejauh 759 kilometer dan alhamdulillah, pinggang saya masih kuat lagi," titah baginda.


Sementara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda akan memberi pandangan berhubung aduan diterima daripada rakyat negeri ini, khususnya usaha mengatasi isu berkaitan jalan raya, bekalan elektrik dan air susulan program Kembara Kenali Borneo.


Baginda bertitah, akan memanggil mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyuarakan perkara yang patut disuarakan sekembali ke Kuala Lumpur nanti, termasuk aduan penduduk kampung dekat Sungai Liwagu di Ranau berhubung kerosakan jambatan yang menjejaskan perhubungan mereka.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 10:31 AM | Show all posts
malas nk komen!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 09:48 PM | Show all posts
It's heartwarming to see how Al-Sultan Abdullah is enjoying his journey in Borneo. The title Kembara Kenali Borneo truly captures the essence of exploration. This adventure reminds me of the importance of taking breaks and experiencing new places, just like the way best teeth whitening miami encourages self-care for a healthy smile.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 10:14 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 11-9-2023 10:26 PM

rugi ler tak jelajah Sabah...

kalo road journey :

1. Pantai Barat - jgn ikut Pan Borneo tp ikut jalan lama

Papar ke Lok Kawi ke KK ke Kota Belud (via jambatan Sg Mengkabong, Tuaran) ke Sempang Mengayau

Kota Belud ke Malangkap Polumpong ke Kundasang ke Ranau ke Poring

KK ke Tambunan (via Penampang) ke Keningau ke Tenom (ni lembah)
kat tambunan, pi Sinurambi... view pekan tambunan (lembah)... sungai yg cukup besar n cetek dan ada sawah padi

view sungai mengkabong cukup Indah

tido kat Karambunai Resort

Muzium Sabah 5 tingkat kalo x silap, kalah Muzium Negara... best ooo

kalo x silap, klip lagu Sandarkan Pada Kenangan (ogy n Jamal Abdillah di Kundasang termasuk Hotel Perkasa)

di Kinabalu Park, piknik kat gazebo yg otw ke point mula mendaki gunung kinabalu, piknik dlm kabus awan

tido gak kat Melangkap Polumpung

tp bandaraya KK da terlalu moden, x mcm dulu yg lebih natural (flora), kurang best

sebuk dah KK,, jem   

2) Pantai Timur

Tawau ke Semporna ke Kunak ke Lahad Datu ke Sahabat

Lahad Datu ke Check point Sandakan jalan raya cukup azab walaupun tar atau aspal

Check point sandakan ke bandar Sandakan separuh jalan azab jugak

jgn lupa singgah Beluran...

Pulau2 kat Semporna aku da pi Kapalai, Sipadan, Mataking, Mabul

kat depan Pulau Mabul ada platform carigali minyak convert to resort n tempat makan

platform tu write off dr eropah bawak ke Sabah...

nampak dari Pulau Mabul rendah, tapi bila naik lif dari permukaan laut ke atas platform, tinggi

kat tempat naik lif tu ikan2 batu karang lepak..

so, bila lif turun, baling roti kat ikan2 tu  
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Gong gong gong

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 10:24 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 11-9-2023 10:14 PM
rugi ler tak jelajah Sabah...

kalo road journey :

kalo ada masa, tambah lagi area road journey

Tawau ke Kalabakan ke Nabawan ke Keningau ke Kimanis ke Menumbuk n Labuan

dulu aku naik bot express panjang dari Labuan ke Limbang Sarawak redah laut n sg limbang yg besar n panjang

Sandakan ke Beluran ke Kota Marudu (via Sapi Nangoh) ke Poring, Ranau (via Marak Parak kott)

ooo.. lupa plak..

korang pi ke Zero KM Jalan Pan Borneo di Telok Melano, Sarawak

kalo nak rasa naik feri (kenderaan bawak sekali) lintas sungai, cepat2 pi la ni...

depa sedang siapkan jambatan... lepas ni tak rasa dah



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Terhibur tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 02:24 AM | Show all posts
Edited by charli8777 at 16-5-2024 02:28 AM

It's critical to look for the greatest possibilities when it comes to dental care. I've heard that those seeking to repair their smiles should consider finest dental implants Miami. It's wonderful to know that SANTA CLARA DENTIST - GENESIS DENTISTRY DENTAL GROUP because they may truly make a big impact.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 1.105497 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list