View: 31981|Reply: 12
|
Fazura Teruja Fatimah Mula Belajar Puasa
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Aktres Nur Fazura meluahkan rasa teruja apabila anak perempuannya, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah akan mula belajar berpuasa pada Ramadan ini.
Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin memberitahu dia sudah mula mendidik anaknya itu mengenai kewajipan berpuasa sejak tahun lalu.
"Fatima semakin membesar dan mula faham apa itu puasa. Tahun lalu, kami sudah terapkan dan didiknya mengenai kewajipan berpuasa.
"Tapi, masa tu Fatima baru berusia tiga tahun. Jadi, tahun ini dia lebih memahami dan beritahu nak cuba berpuasa," katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, sebagai ibu, Fazura turut berasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan Fatima, 5, untuk menunaikan rukun Islam keempat itu pada usia masih kecil.
"Fatima pun sudah bersekolah sekarang. Jadi, bila balik sekolah mungkin penat.
"Kalau dapat puasa separuh hari pun saya sudah bersyukur," ujar pelakon filem Dendam Pontianak ini.
Beralih kepada perkembangan kerjaya lakonannya, Fazura berkata, buat masa ini, dia masih lagi berehat.
"Setakat ini tiada sebarang perancangan untuk berlakon. Selain sibuk dengan urusan bisnes, Fatima pun memang tak boleh nak berenggang dengan saya.
"Jadi untuk tinggalkan Fatima lama-lama, sebulan dua ke luar negara, memang agak sukarlah.
"Tempoh paling lama saya pernah berpisah dengan Fatima adalah tiga malam. Itu pun atas urusan kerja," ujar Fazura.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by doubleA at 5-3-2025 12:26 PM
Tak sanggup iols nak suruh anak 5 tahun puasa lagi, walaupun separuh hari, pergi sekolah pulak tu. Tadika anak iols pun galakkan bawa bekal sendiri tapi tadika sedia la biskut dan air. Apa yg dorang paham selain lapar, dahaga dan dapat pahala? Dalam islam pun disuruh ajar solat dulu sebelum puasa. Dah la anak iols kurus je disuruh puasa pada iols umo 5 tahun masih terlalu awal. Dia aware kami puasa tapi kami tak suruh la dia puasa. Dgn cuaca panas, risau dehydrated.
Anak org lain biar kome lah |
|
|
|
|
|
|
|
Memagang kpd prinsip melentur ketika rebung, OK je kalau ada yg melatih anak2 bertatih2 puasa, mungkin sampai 11 pg. je. Tengok keadaan, kesaggupan dn ketahanan si anaklah berpuasa. Jgn dipaksa. Jgn lupa anak harus diajak bersahur dn terapkan makna sahur. Ajak juga solat berjemaah. Kalau anak tak pandai baca lagi, ikut je pergerakan: qiam, rukok, sujud dn memberi salam. Hari ini pun sudah ada telekong kanak2, so tak ada isu untuk kanak2 blj solat. Hanya terserah kpd inisiatif makayah menyegerakan didikan Islam kpd anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Good job nyamma..mula2 ni kita puasa yang yok dulu, dah besar nanti puasa penuh ok? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihla xdpt tgk mereka bertiga beraya bersama sedondon lg[em:9:] |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk comel pulak tudung bawal tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah, sedih jugak.. tapi kalau gambar diorang berdua je pun tetap cantik kot, insya Allah. nak buat macamana... |
|
|
|
|
|
|
|
good job nyamma. dia nmpk kecil mcm tu, tp iols rasa dia berjiwa besar. pengaruh org2 sekeliling memainkan peranan. and vocab dia banyakkkkkkkk. iols suka. |
|
|
|
|
|
|
|
nyamma boleh!!! terpulang pada mak pak memasing nak start posa umur brapa..mak pak je paham ketahanan anak memasing..ada ok ada tak ok..yg pasti bila dah akil baligh wajib ber puasa |
|
|
|
|
|
|
|
fazura ni kalau senyum sangat sweet...her eyes pon smile...
Fatima ni i tengok matured for her age...boleh lah puasa setakat mana yang dia boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawar merah mengharum wangi
Tersusun sejambak dlm jambangan
Suasana nan indah tak wujud lagi
Memori kekal dlm kenangan
Buah asam buah kedondong
Buah salak dari Medan
Bukan salah ibu yg mengandung
Sesuai taqdir permintaan badan
|
|
|
|
|
|
|
|
Puasa kejap2 pun ok je. Latihan membawa kesempurnaan kata acik2 terpaling. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 5-3-2025 07:28 PM
kayu reput mudah patah
di wajah mu Fatimah, ada Fatah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|