CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hutang Dipercayai Punca Wanita Dirogol Bergilir-Gilir

5-9-2023 06:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7001| Komen: 47

Kuala Lumpur: Ingin melangsaikan hutang rakan dipercayai punca yang mendorong lelaki membenarkan rakan merogol adik iparnya bergilir-gilir di kediaman mereka di Wangsa Maju di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan polis mendapati abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu berhutang dengan salah seorang suspek yang masih bebas.

ASHARI berkata siasatan mendapati abang ipar mangsa yang dirogol bergilir-gilir berhutang dengan salah seorang suspek yang masih bebas. FOTO NSTP.

Menurutnya, sebelum kejadian, lelaki itu menghubungi mangsa, 26, supaya tidak mengunci pintu rumah, yang menyebabkan dia dirogol bergilir-gilir ketika sedang tidur

"Abang ipar mangsa ditahan jam 9.30 malam Sabtu di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan direman enam hari hingga 8 September.


"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan wanita sedang tidur 'diserang' lima lelaki sebelum diperkosa secara bergilir-gilir dalam kejadian pada 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Mangsa turut diikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat oleh suspek yang turut merakam kejadian itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 5-9-2023 06:56 PM
Setan pya abg ipar
Kau jual lah diri sndr cari duit bayar hutang
Quote lanacondor 5-9-2023 07:01 PM
Edited by lanacondor at 5-9-2023 07:02 PM

Org lain buat hutang org lain yg jd mangsa. Abg iparnya tu elok di sula.
Quote IzzahF 5-9-2023 07:03 PM
org lain yg berhutang, org lain yg kena tanggung akibatnya? setan punya jantan
Quote monreyes 5-9-2023 07:09 PM
bangsa apa ni
Quote sharlenetexas 5-9-2023 07:10 PM
Tgk gmbr thumbnail ingatkan tuan haily.


Quote Orix 5-9-2023 07:10 PM
xde gambo suspek ke utk dicerca ?
Quote LoveSungmin 5-9-2023 07:11 PM
dah buat perangai terkutuk, ingat senang² boleh terlepas ke?
Quote otai_g 5-9-2023 07:14 PM
monreyes replied at 5-9-2023 07:09 PM
bangsa apa ni

Melayu. Forum lain semua da viral Kes ni. Forum cari ni je yg slow.

Btw hukuman kat mahkamah x berbaloi utk mamat ni. Hukuman Dr John crammer yg lbh layak.
Quote kaoru44 5-9-2023 07:42 PM
gila lahhh
Quote grouper 5-9-2023 07:50 PM
Yg penghutang tu pun iq rendah rasanya. Klau rogol org mesti la polis akan cari. Bukannya ko level jho low dh scam pm msia blh lari luar negara x kena tangkap.
Quote prettyuglybabe 5-9-2023 07:53 PM
macam dah agak dari awal mesti abang ipar ni terbabit..
memang jantan lahanat sampai bini pun lari..
tapi adik ipar pun menempah jugak sanggup tinggal dengan abang ipar bila kakak dia pun cabut lari..
Quote midori888 5-9-2023 07:56 PM
celaka punya abang ipar....
Quote jerukkedondong 5-9-2023 08:11 PM
Harap dalam jel nanti babi tonyok ni dirogol
depan belakang..rasain
Quote monreyes 5-9-2023 08:23 PM
pelik pulak bini lari tapi adik.masih kat situ...
Quote monreyes 5-9-2023 08:24 PM
kalau jail x sampai 30 thn..harap mendapat lah 29.99 thn
Quote gigahertz 5-9-2023 08:52 PM
otai_g: Melayu. Forum lain semua da viral Kes ni. Forum cari ni je yg slow.Btw hukuman kat mahkamah x berbaloi utk mamat ni. Hukuman Dr John crammer yg lbh la ...

melayu sini atau melayu konoha sana ?
Quote SalenaGomez 5-9-2023 08:56 PM
monreyes replied at 5-9-2023 08:23 PM
pelik pulak bini lari tapi adik.masih kat situ...

Manatau wife dia lari??

Btw SG berharap abg ipar x guna ni dihukum gantung atau lifetime jail.

Sian nya pempuan yg kena rogol tu. Trauma+x tentu masa hadapan mcm mana+ter pregnen ke+ dpt penyakit kelamin ke…ishhh dah lah 5 lelaki x guna rogol pempuan ni. Sian nya, semoga mangsa diberikan kekuatan
Quote mawardia 5-9-2023 08:56 PM
Teringin nak tau apa kata kakak si mangsa ni laki dia buat cmni. She ols lari dari rumah kan. I speku mangsa x tau pun kakak dia lari dari rumah sebab jantan ni.
Quote slavehunter 5-9-2023 08:58 PM
Memang dah agak abang ipar ada share dalam kes ni.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.079605 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top