Datuk Suhaimi Sulaiman menjelaskan kesilapan terknikal menjadi punca kesilapan pengumuman pemenang pertandingan Bintang Kecil 2023 yang berlangsung pada malam Ahad. Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia itu berkata, lampu sorotan (spotlight) sepatutnya menyala dan dipancarkan kepada juara iaitu Fateeha Nasleen Suhaillin atau Kiki dari Sabah sebaliknya dihalakan kepada Nurfarina Farha Abdul Zahir yang mendapat tempat kedua.
Susulan kesilapan itu, Suhaimi yang membahasakan dirinya sebagai pakcik memohon maaf kepada Kiki dan Farha atas kesilapan sehingga menimbulkan kekeliruan dan kemarahan penonton. "Mesej ini pakcik (Suhaimi) tujukan khas kepada adik Kiki dan Farha iaitu pemenang tempat pertama dan kedua Bintang Kecil 2023 yang berlangsung semalam. "Pakcik tahu perasaan Kiki dan Farha tertekan kerana format kita adalah lampu akan menyala kepada siapa yang akan menang dan Kiki memenangi pertandingan semalam tetapi lampu itu jatuh kepada Farha," jelasnya pada Isnin.
Suhaimi juga menjelaskan salah seorang pengacara rancangan itu, Azam Pitt cuba menyelamatkan kesilapan yang berlaku namun ia sukar disebabkan lampu spotlight itu sudah tersangkut. "Ia agak terlambat kerana lampu itu terlampau lama menyala dan ia tidak dapat jalan sebab sudah 'jem' ketika itu. "Pakcik minta maaf bagi pihak RTM. Saya mendoakan agar Kiki dan Farha terus berjaya," ujarnya.
|
Manusiabesa replied at 5-9-2023 09:58 AM
Aku ingt dato ni laki intan. Haha. Muka nk sama wei babyface
ibu_haritz replied at 5-9-2023 10:45 AM
Aku pun sama nmpak mcm laki Tintan
ADVERTISEMENT