CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3738|Reply: 6

Lampu 'Jem', Masalah Teknikal Jadi Punca Sweet Qismina Dan Azam Salah Umum Juara Bintang Kecil 2023-Suhaimi Sulaiman

[Copy link]
Post time 5-9-2023 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Suhaimi Sulaiman menjelaskan kesilapan terknikal menjadi punca kesilapan pengumuman pemenang pertandingan Bintang Kecil 2023 yang berlangsung pada malam Ahad.


Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia itu berkata,  lampu sorotan (spotlight) sepatutnya menyala dan dipancarkan kepada juara iaitu Fateeha Nasleen Suhaillin atau Kiki dari Sabah sebaliknya dihalakan kepada Nurfarina Farha Abdul Zahir yang mendapat tempat kedua.


Susulan kesilapan itu, Suhaimi yang membahasakan dirinya sebagai pakcik memohon maaf kepada Kiki dan Farha atas kesilapan sehingga menimbulkan kekeliruan dan kemarahan penonton.


Foto: IG




"Mesej ini pakcik (Suhaimi) tujukan khas kepada adik Kiki dan Farha iaitu pemenang tempat pertama dan kedua Bintang Kecil 2023 yang berlangsung semalam.


"akcik tahu perasaan Kiki dan Farha tertekan kerana format kita adalah lampu akan menyala kepada siapa yang akan menang dan Kiki memenangi pertandingan semalam tetapi lampu itu jatuh kepada Farha," jelasnya pada Isnin.


Suhaimi juga menjelaskan salah seorang pengacara rancangan itu, Azam Pitt cuba menyelamatkan kesilapan yang berlaku namun ia sukar disebabkan lampu spotlight itu sudah tersangkut.







"Ia agak terlambat kerana lampu itu terlampau lama menyala dan ia tidak dapat jalan sebab sudah 'jem' ketika itu.


"akcik minta maaf bagi pihak RTM. Saya mendoakan agar Kiki dan Farha terus berjaya," ujarnya.


  



Selain isu teknikal, netizen turut mengecam hos gandingan Azam iaitu pelakon Sweet Qismina yang tersalah mengumumkan nama pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik.


Bagaimanapun Sweet sempat meminta maaf secara langsung dan mengaku dia gementar ketika membaca keputusan pemenang. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 09:44 AM | Show all posts
tebal foundation berkerak & lip tint matte pakcik ye... ehehehehehe... dengan rambut sauk ke depan tu.. potong je la pendek kemas2 pakcik, lagi smart..jangan le nampak nonok sangat dah jadi ketua jabatan awam ni...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 09:56 AM | Show all posts
aku dulu ter'crush' masa pakcik ni mula2 baca berita kat tv3.
suka dgr suara dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingt dato ni laki intan. Haha. Muka nk sama wei babyface
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 10:37 AM | Show all posts
baguslah minta maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 10:45 AM | Show all posts
Manusiabesa replied at 5-9-2023 09:58 AM
Aku ingt dato ni laki intan. Haha. Muka nk sama wei babyface

Aku pun sama nmpak mcm laki Tintan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ibu_haritz replied at 5-9-2023 10:45 AM
Aku pun sama nmpak mcm laki Tintan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.211025 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list