Bekas madu Miera Liyana tak berkecil hati jika dua anak perempuannya memilih untuk tinggal bersama bapa mereka iaitu Rosland Othman. Sebagai ibu, Adibah Othman, 50Btidak mahu emosi dua anak kesayangannya itu terganggu disebabkan masalah yang berlaku dan berharap kebajikan mereka terbela dengan baik.
"Walaupun sebagai ibu memang nak anak pilih kita, saya rasa emosi anak pun kena ambil kira. "Saya okay kalau mereka pilih bapanya," katanya kepada mStar ketika hadir bagi perbicaraan hadanah penuh terhadap dua anak perempuan mereka iaitu Nur Anisa, 12 dan Nurin Tasnim yang kini berusia 11 tahun di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin. Pada perbicaraan itu, Hakim Shamsuddin Hussain memanggil Anisa dan Nurin bagi memberi keterangan mengenai pilihan sama ada mahu tinggal bersama bapa atau ibu mereka.
Anak ketiga pasangan itu, Nur Liyana, 18, turut dipanggil memberi keterangan pada prosiding tersebut. Bagaimanapun perbicaraan itu dilakukan secara tertutup dan mahkamah menetapkan 2 Oktober untuk keputusan. Sementara itu, Adibah turut meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Anisa selepas kanak-kanak itu berada di bawah jagaan Rosland sejak Februari lalu.
|
laksmanabentan replied at 4-9-2023 04:11 PM
awat nampak kertu da tuhhh rosland....
terlupa pakai filter ker camna tu...
akuMNdia replied at 4-9-2023 04:22 PM
gigih la mak mertua ikut pi mahkamah.
takut menantu balik ke family lama ke makcik?
ADVERTISEMENT