CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14365|Reply: 149

Berbulan-Bulan Tak Jumpa, Bekas Madu Miera Liyana Akhirnya Dapat Peluk Anak- "Tak Kecil Hati Mereka Pilih Tinggal Dengan Ayahnya"

[Copy link]
Post time 4-9-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Bekas madu Miera Liyana tak berkecil hati jika dua anak perempuannya memilih untuk tinggal bersama bapa mereka iaitu Rosland Othman.


Sebagai ibu, Adibah Othman, 50Btidak mahu emosi dua anak kesayangannya itu terganggu disebabkan masalah yang berlaku dan berharap kebajikan mereka terbela dengan baik.



Foto: IG







"Walaupun sebagai ibu memang nak anak pilih kita, saya rasa emosi anak pun kena ambil kira.


"Saya okay kalau mereka pilih bapanya," katanya kepada mStar ketika hadir bagi perbicaraan hadanah penuh terhadap dua anak perempuan mereka iaitu Nur Anisa, 12 dan Nurin Tasnim yang kini berusia 11 tahun di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.


Pada perbicaraan itu, Hakim Shamsuddin Hussain memanggil Anisa dan Nurin bagi memberi keterangan mengenai pilihan sama ada mahu tinggal bersama bapa atau ibu mereka.


Foto: mStar




Anak ketiga pasangan itu, Nur Liyana, 18, turut dipanggil memberi keterangan pada prosiding tersebut.


Bagaimanapun perbicaraan itu dilakukan secara tertutup dan mahkamah menetapkan 2 Oktober untuk keputusan.


Sementara itu, Adibah turut meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Anisa selepas kanak-kanak itu berada di bawah jagaan Rosland sejak Februari lalu.




  



Memeluk erat Anisa ketika mereka bertemu, Adibah sempat menenangkan anaknya itu yang menangis disebabkan rasa gementar dan keliru sebelum prosiding bermula.


Anisa masih kecil jadi mungkin dia keliru tapi kami tenangkan dia dengan memberitahu walau apa terjadi, kita masih sebuah keluarga," katanya.


Sementara itu, Rosland yang hadir bersama ibu mentua bagaimanapun tetap dengan pendirian enggan mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu rumah tangganya.




  



Pada 3 Ogos lalu, pasangan ini sah bercerai talak satu selepas mendirikan rumah tangga selama 28 tahun.


Selain Liyana, Anisa dan Nurin, pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Nur Izzah, 26 dan Nur Iffah, 24 tahun.


Rosland berkahwin dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan pada Mei 2021. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mil dia ada dimana-mana? Tulur kena pgg ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:11 PM | Show all posts
awat nampak kertu da tuhhh rosland....
terlupa pakai filter ker camna tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah2 le tu posing mini love.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:22 PM | Show all posts
gigih la mak mertua ikut pi mahkamah.
takut menantu balik ke family lama ke makcik?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dari dulu aku tertanya mak mertua dia sbnrnya syiok angau ke kat atok roslenndddd tu....awat aku nmpak mcm dia pukak bini si notelo ni haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2023 04:37 PM | Show all posts
takpelah k.dib, berkorban demi anak2..anak dah besar nti taulah dia cari k.dib..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:41 PM | Show all posts
Edited by Lavender_Violet at 4-9-2023 04:42 PM

Di temani MIL ke mana2. Ntah2 ada affair berdua tu...tak jauh pun beza umur kot kan?

Yang pic atas tu semua la familia si ML ke? Sebelah kiri sheols, mak sheols kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 04:45 PM | Show all posts
hahaha mil dah kenapa beria ikot. geli pulak aku hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa mil yg neman, dh macam dia yg binik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:01 PM | Show all posts
over la.. mil kje nya memantau jer hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya budak kecik memang la keliru, apak buat hal anak kena tanggung akibat gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:07 PM | Show all posts
laksmanabentan replied at 4-9-2023 04:11 PM
awat nampak kertu da tuhhh rosland....
terlupa pakai filter ker camna tu...

hahahha kelakar
tapi dah mmg dia tua ko
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:08 PM | Show all posts
berlapang dada la kak dib
moga baik2 sahaja semuanya buat akak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian betul tengok kak dib ni...tp sbb dia educated tak ada lah kak dib meroyan angkat2 kain kat court..
byk yg perlu kita belajar dari kak dib ni
harap ank2 yg dah besar pilih stay dgn kak dib dan jaga kak dib dgn sebaiknya
rajin mak mertua tanahros menapak ke court
harap dpt bala lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:23 PM | Show all posts

Haha Pak Cik Rosland lupa filter ke Pak Cik?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 05:29 PM | Show all posts
tak terjatuh tangga pulak mak mentua tu yer..
ke kat court tu takde tangga?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
akuMNdia replied at 4-9-2023 04:22 PM
gigih la mak mertua ikut pi mahkamah.
takut menantu balik ke family lama ke makcik?

ML tak pernah ikut pi mahkamah. Mak mertua sokmo ngekor.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlokla tu biar anak2x dok dgn bapak nye... Paham2x ajela nature kerje org yang join dan niaga HAIO ni... Byk dh contoh...
Mak nye boleh fokus carik duit... Enjoy... Xyah peningla fikir nak urus anak... Yg lain dh besau2x xpa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols menunggu kifarah deme la.. Time tue grab the pop corn. Gigih mil mengekor jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045650 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list