Seorang wanita mendedahkan percintaannya dengan bekas kekasihnya dan kisahnya merancang untuk ke Cameron Highlands. “Pada asalnya, merancang untuk pergi ke Cameron Highlands berdua untuk day trip. Dia (ex) nak beritahu famili dia tentang rancangan kami.
“Tiba-tiba ex beritahu famili dia, ‘Esok kami nak pergi Cameron, nak ikut tak?’ Tiba-tiba dia ajak famili dia. “Masalahnya, perjanjian nak pergi Cameron tu adalah I akan belanja dia untuk makanan, dan dia akan bayar minyak kereta dan tol,” katanya menerusi satu video di laman sosial. Seperti yang dijangka, keluarga bekas teman lelakinya turut serta dalam rancangan percutian mereka ke Cameron Highlands meskipun segala-galanya dirancang untuk dua orang. “I dah siapkan jadual tempat nak pergi, ke mana dan berapa harga. I fikir tak apalah sebab famili dia tu akan jadi keluarga I juga kan.
“Tapi my expectation mereka akan keluarkan duit sendiri la sebab famili dia bukannya budak-budak. Dah tua pun, dah ada duit sendiri,” katanya. Bagaimanapun wanita itu terkejut semasa pergi menikmati hidangan di salah sebuah restoran popular di tanah tinggi itu. “Famili dia order bukan main (mewah). I order nasi lemak je, dengan air kosong lagi. Masa nak bayar tu, tiba-tiba semua buat tak tahu. “I fikir balik tak nak stres, nak enjoy pergi Cameron. Jadi, I bayarkan untuk semua. Kalau ada yang tanya kenapa tak tinggalkan je, boyfriend je pun, bukan suami. “Masalahnya, I kat Cameron masa tu naik kereta ex-boyfriend I,” ujarnya yang berbelanja kira-kira RM200 untuk keluarga bekas kekasihnya di restoran berkenaan. Bukan setakat menanggung makan minum keluarga bekas kekasih, malah dia hampa kerana kebanyakan rancangannya tidak menjadi berikutan kesesakan lalu lintas pada hujung minggu. Tambah menimbulkan rasa marah ketika mereka singgah di stesen minyak sebelum pulang ke rumah. “Tiba-tiba ex minta duit kat I. Sebelum ni kau kata nak bayar duit minyak, tol apa semua. Cinta itu buta, dan I memang ‘buta’ masa tu. Sebab tu sekarang jadi ex,” katanya lagi. Walaupun trauma, dia yang kini sudah bersuami dengan lelaki lain menganggap pengalaman tersebut sebagai pengajaran untuk mencari pasangan yang lebih baik. “Anda kena bercinta dengan lelaki atau perempuan ‘red flag’ (bermasalah) sekali dalam seumur hidup, supaya anda boleh senaraikan ‘red flag’ dia. “Nanti untuk cari pasangan seterusnya, kena 100 peratus lain daripada ex anda sebelum ini. Disebabkan ex I tu, I keluar dengan lelaki memang tak keluar duit dah,” katanya. Malah, dia turut berkongsi pengalamannya ketika di awal perkenalan dengan suaminya sebelum mereka mendirikan rumah tangga. “Waktu I keluar dengan suami I ni, I tak keluar duit walau sesen pun. Sebab I tak nak bagi muka, nanti jadi biawak hidup. “Tapi tak ada la I kikis dia. Makan minum dan tempat tinggal adalah tanggungjawab dia selepas kahwin. Jadi, kami amalkan dulu sebelum kahwin. “Sebagai balasan, I akan hargai dia dengan cara belika-CARIn hadiah yang mahal. Konsepnya adalah give and take,” katanya yang kembali ke restoran popular itu bersama suaminya. Sumber: mStar
|
ezacbee replied at 4-9-2023 03:51 PM
Ni duduk hotel 1 bilik ke camne? Bantal letak di tengah2 ke
_kelly replied at 4-9-2023 03:57 PM
isu semasa apa ni
otai_g replied at 4-9-2023 04:07 PM
Isu semasa cari admin namanya..
Aku pun x paham isu semasa bodoh apakah ini?
pokokmeranti replied at 4-9-2023 04:10 PM
RM200 pun berkira...sengkek punya pompuan.
pokokmeranti: RM200 pun berkira...sengkek pu ...
mamapea replied at 4-9-2023 05:26 PM
aku dulu pun slalu terkena jugak tp dh kawen la...bila nk bercuti 1 family tiba2 mil nk ikut...pastu ...
mamapea replied at 4-9-2023 05:26 PM
aku dulu pun slalu terkena jugak tp dh kawen la...bila nk bercuti 1 family tiba2 mil nk ikut...pastu ...
ADVERTISEMENT