CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5855|Reply: 60

Menyesal Bercinta Dengan Dengan Lelaki Red Flag- Kekasih 'Angkut' Keluarga Ikut Bercuti, Awek Kena Tanggung Semua Belanja

[Copy link]
Post time 4-9-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita mendedahkan percintaannya dengan bekas kekasihnya dan kisahnya merancang untuk ke Cameron Highlands.


“Pada asalnya, merancang untuk pergi ke Cameron Highlands berdua untuk day trip. Dia (ex) nak beritahu famili dia tentang rancangan kami.


“Tiba-tiba ex beritahu famili dia, ‘Esok kami nak pergi Cameron, nak ikut tak?’ Tiba-tiba dia ajak famili dia.


“Masalahnya, perjanjian nak pergi Cameron tu adalah I akan belanja dia untuk makanan, dan dia akan bayar minyak kereta dan tol,” katanya menerusi satu video di laman sosial.




Gambar Hiasan




Seperti yang dijangka, keluarga bekas teman lelakinya turut serta dalam rancangan percutian mereka ke Cameron Highlands meskipun segala-galanya dirancang untuk dua orang.


“I dah siapkan jadual tempat nak pergi, ke mana dan berapa harga. I fikir tak apalah sebab famili dia tu akan jadi keluarga I juga kan.


“Tapi my expectation mereka akan keluarkan duit sendiri la sebab famili dia bukannya budak-budak. Dah tua pun, dah ada duit sendiri,” katanya.


Bagaimanapun wanita itu terkejut semasa pergi menikmati hidangan di salah sebuah restoran popular di tanah tinggi itu.


“Famili dia order bukan main (mewah). I order nasi lemak je, dengan air kosong lagi. Masa nak bayar tu, tiba-tiba semua buat tak tahu.


“I fikir balik tak nak stres, nak enjoy pergi Cameron. Jadi, I bayarkan untuk semua. Kalau ada yang tanya kenapa tak tinggalkan je, boyfriend je pun, bukan suami.


“Masalahnya, I kat Cameron masa tu naik kereta ex-boyfriend I,” ujarnya yang berbelanja kira-kira RM200 untuk keluarga bekas kekasihnya di restoran berkenaan.


Bukan setakat menanggung makan minum keluarga bekas kekasih, malah dia hampa kerana kebanyakan rancangannya tidak menjadi berikutan kesesakan lalu lintas pada hujung minggu.


Tambah menimbulkan rasa marah ketika mereka singgah di stesen minyak sebelum pulang ke rumah.


“Tiba-tiba ex minta duit kat I. Sebelum ni kau kata nak bayar duit minyak, tol apa semua. Cinta itu buta, dan I memang ‘buta’ masa tu. Sebab tu sekarang jadi ex,” katanya lagi.


Walaupun trauma, dia yang kini sudah bersuami dengan lelaki lain menganggap pengalaman tersebut sebagai pengajaran untuk mencari pasangan yang lebih baik.


“Anda kena bercinta dengan lelaki atau perempuan ‘red flag’ (bermasalah) sekali dalam seumur hidup, supaya anda boleh senaraikan ‘red flag’ dia.


“Nanti untuk cari pasangan seterusnya, kena 100 peratus lain daripada ex anda sebelum ini. Disebabkan ex I tu, I keluar dengan lelaki memang tak keluar duit dah,” katanya.


Malah, dia turut berkongsi pengalamannya ketika di awal perkenalan dengan suaminya sebelum mereka mendirikan rumah tangga.


“Waktu I keluar dengan suami I ni, I tak keluar duit walau sesen pun. Sebab I tak nak bagi muka, nanti jadi biawak hidup.


“Tapi tak ada la I kikis dia. Makan minum dan tempat tinggal adalah tanggungjawab dia selepas kahwin. Jadi, kami amalkan dulu sebelum kahwin.


“Sebagai balasan, I akan hargai dia dengan cara belika-CARIn hadiah yang mahal. Konsepnya adalah give and take,” katanya yang kembali ke restoran popular itu bersama suaminya.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni duduk hotel 1 bilik ke camne? Bantal letak di tengah2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 4-9-2023 03:51 PM
Ni duduk hotel 1 bilik ke camne? Bantal letak di tengah2 ke

Dorang balik hari. Ada nampak video ni kat tiktok. Kemain sampai mstar masukkan dalam berita
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
isu semasa apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni zaman mengepau jika ada peluang, time raya ka potluck ka kemain tapau termasuk tapau mknn pinggan mangkuk sudu sos alas meja
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 4-9-2023 03:57 PM
isu semasa apa ni

Isu semasa cari admin namanya..

Aku pun x paham isu semasa bodoh apakah ini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2023 04:07 PM | Show all posts
haiyooooo gigihnya la plan bercuti dgn bf yg takde apa2 ikatan
baik pergi bercuti dgn kwn2 seperempuanan
ini habiskan duit kt org yg belum pasti jd suami
haiyooooo
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:10 PM | Show all posts
RM200 pun berkira...sengkek punya pompuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 04:41 PM | Show all posts
Kalau incident tu tak pernah berlaku, silap2 sekarang kau dah kahwin dgn dia. So instead of merembes mengadu bagai, buat content tiktok, baik kau appreciate apa yg terjadi and look from the positive side. Ni sikit2 nak mengadu buat content tiktok...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 4-9-2023 04:07 PM
Isu semasa cari admin namanya..

Aku pun x paham isu semasa bodoh apakah ini?

banyak topik merepek kat ci skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 4-9-2023 04:10 PM
RM200 pun berkira...sengkek punya pompuan.

jantan tu lagi sengkek..dah bawak femili berangkai, minyak kereta pun suruh awek belanja..lain kali toksah berangan nak ber awek, mereput je kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti: RM200 pun berkira...sengkek pu ...
rm200 tu belanja restoran. Xtermasuk lain2, minyak, tol, ticket masuk kt dlm tu.. seribu xlari belanja atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:19 PM | Show all posts
kalau aku pun berkira..apahal plak nak suruh aku belanja, dah kau bawa kaum kerabat kau, bukan kerabat aku...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:26 PM | Show all posts
aku dulu pun slalu terkena jugak tp dh kawen la...bila nk bercuti 1 family tiba2 mil nk ikut...pastu bw cucu2 lain skali...terus hilang mood...x blh pegi mana mesti mil nk ikut & bw cucu2 lain...aku paling x blh lupa aku pg zoo dgn laki aku berdua...blk rumah kena marah dgn mil...knp x ajak diorg...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 4-9-2023 05:26 PM
aku dulu pun slalu terkena jugak tp dh kawen la...bila nk bercuti 1 family tiba2 mil nk ikut...pastu ...


Lain Kali diam2 je.. mmg ada mertua gini.. tipsnya jgn post apa2 gmbar kt socmed.. dh lepas 5 6 bulan baru pos gambar2 g bercuti ke hapa.. nt dia tny ckp je gmb lama..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bertuah actually sbb sblm kahwin dah boleh tau perangai hauk family mertua. Mujur belum sempat nikah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam cite arwah ts pramlee yg makan kat kedai steak, date dia bawak adik beradik dtg mkn sekali
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau dah berlaki pun kak apa lagi nak ungkit ? Ni patut masuk board history sebab dah jadi sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap second last paragraph dia agak mengelirukan aq,kata x kikis tapi makan minum tempat tinggal tanggungjawab suami tapi amalkn sebelum kawin...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 4-9-2023 05:26 PM
aku dulu pun slalu terkena jugak tp dh kawen la...bila nk bercuti 1 family tiba2 mil nk ikut...pastu ...

Mil aku pun jenis mcm ni, sb tu aku tk suka invite dia dh pegi bercuti. Atau kalau dia ajak bercuti pun aku tk kn pegi. Sb kitaorg tau diaakn bwk sekampung dtg.
Masa kenduri kawin kat rumah mak aku pun mcm tu. Invite dia dgn fil je, tp dibawaknya jiran lah, anak jiran lah, sedara lah. Dah tu kita pulak kna pikir tmpt diaorg nk tido. Selamba je bawak beg baju, takkn nk halau balik. Masa adik ipar aku kawin lgsg dia tk invite parents aku. Mmg agak biadap la kan.
Slps dh terkena byk kali, aku pun ckp la dgn laki aku koser la nk ajak dia. Ajak dia bermaksud kna keluar belanja lebih byk lagi. Dah la kuar belanja byk, nk kena konvoi beramai². Kita nk bercuti hilangkn stress, ajak dia makin tinggi pulak blood pressure.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.408833 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list