Pelakon Sharnaaz Ahmad enggan mendedahkan punca sebenar dia dan tiga selebriti lain secara serentak meninggalkan syarikat pengurusan Prodigy Syndrome Management. Katanya, biarlah hanya mereka sahaja yang tahu punca sebenar mereka mengambil tindakan tersebut.
"Sebenar hal ini terlampau internal untuk kita bincangkan. Sebab bukan kita kenal sehari dua. Kita kenal lebih 15, 16 tahun. Sebagai artis pertama dia uruskan, biarlah kita sesama saja yang tahu. "Kita pun tak nak bocorkan pada sesiapa. Sebab kita sayang dia macam kakak sendiri. Of course kita masih berkawan. Tapi, kita mungkin rehatkan dia sebentar. Kalau ada rezeki, mungkin kita boleh sambung balik," katanya. Tambah Sharnaaz lagi, keputusan meninggalkan syarikat pengurusan dibuat selepas masing-masing duduk berbincang dan mencapai kata sepakat. "Kita memang ada berbincang dan bersepakat untuk keluar bersama. Dan hal ini turut dipersetujui bersama pihak pengurusan. Kita cakap baik-baik. Tiada siapa pun cakap buruk pasal sesiapa.
"Kita matang dalam uruskan masalah. Dekat situ, insya Allah, takkan ada apa-apa. Sekarang pun hubungan kami sudah baik," katanya.
|
ADVERTISEMENT