Sharnaaz turut menafikan pengunduran dari syarikat tersebut ada bersangkut-paut soal wang.
"Tidak juga. 15 tahun kan. Sikit tahun ini, sikit tahun itu. Benda tu buat jadi banyak. Sampai satu tahap, kita rehat sekejap," katanya.
Ditawarkan oleh beberapa pihak untuk menguruskan kerjayanya, Sharnaaz bagaimanapun buat masa ini tidak akan menyertai mana-mana syarikat pengurusan.
"Biarlah saya urus kerjaya saya sendiri. Saya dah 38 tahun, bukan susah sangat pun," katanya lagi.
Terdahulu, Sharnaaz bersama Hanna Delisha, Aiman Hakim Redza dan Zahirah McWilson serentak meninggalkan syarikat pengurusan hingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat mereka.
Sumber: Gempak