Penyanyi Mila Jirin yang juga seorang usahawan berkongsi kebimbangannya menjadi manga scammer apabila menerima 'parcel' walaupun tidak membuat sebarang pembelian atas talian. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, barang tersebut dihantar di rumah berserta dengan maklumat peribadinya.
Kata Mila, dia tidak membuat sebarang pembelian menggunakan servis 'cash on delivery' (COD). "Tak tahu benda ini lama ke baru tapi saya tertanya-tanya adakah saya kena scam? Saya balik rumah dan terima satu parcel yang diletakkan di bilik pejabat rumah saya. "Apabila saya naik ke pejabat, saya terkejut melihat parcel itu sebab saya tak beli apa-apa. Saya tengok dekat parcel ada nama saya, maklumat semua betul dan pembelian secara COD. "Saya tak suka beli barang COD sebab nanti mengganggu orang lain nak kena bayar dulu. Bila saya buka parcel, lagi sekali saya fikir apa yang saya beli," katanya.
Kata Mila lagi, dia bimbang untuk menghubungi nombor telefon penjual yang disertakan kerana berkemungkinan scammer. Dalam parcel tersebut ada pewangi fabrik botol kecil namun wanita itu sama sekali tidak pernah membeli produk tersebut. "Saya gunakan nama berbeza-beza di setiap akaun laman sesawang pembelian. Saya tahu nama itu saya gunakan di TikTok sahaja. "Saya periksa TikTok tapi tak ada beli apa-apa. Adakah ini scam terbaharu? Orang nak jual barang terus COD ke rumah, orang yang tak tahu terus bayar. "Jadi, kita pun terbelilah dalam keadaan tak sedar, tanpa paksaan. Ada number penjual tu tapi saya nak hubungi jadi takut... takut scammer," katanya. Dalam pada itu, Mila turut meningatkan pengikutnya di laman sosial yang gemar membeli barangan secara atas talian agar lebih berhati-hati. Sumber: Gempak
|
cikatilia: mmg la scammer and bukan takti ...
ADVERTISEMENT