Seiring dengan peningkatan usia, penyanyi Faizal Tahir enggan lagi mencipta dan menyanyikan lagu-lagu berunsurkan percintaan kerana merasakan tidak lagi sesuai mendendangkan karya sedikian.
Faizal atau nama lengkapnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, ketika ditemui HibGlam malam tadi berkata, sebagai bapa kepada tujuh orang cahaya mata, dia merasakan tidak lagi sesuai menyanyikan lagu-lagu ‘jiwang’ yang mengisahkan percintaan sesama manusia. “Ketika saya keluar dengan lagu Mahakarya cinta (single pertama), usia saya 28 tahun dan diikuti dengan lagu-lagu lain bercorak percintaan dan jiwang. “Sekarang usia saya sudah pun mencecah 45 tahun. Saya rasa tidak sesuai lagi untuk menyanyikan lagu sebegitu. Isteri saya pun mungkin tidak suka kalau saya nyanyikan lagu-lagu percintaan. “Sebagai anak seni, saya rasa semua penyanyi akan melalui satu fasa dalam berkarya dan membuat keputusan termasuk lagu-lagu yang akan dikeluarkan nanti,” ujarnya.
Tambah Faizal, selain memikirkan tentang faktor usia, keluarganya juga menjadi penyebab utama dia tidak mahu lagi bermain dengan karya berunsurkan percintaan. Kata bekas pemenang tempat kedua pertandingan realiti, One In A Million musim pertama itu, dia mahu karya yang relevan dan menjadi contoh terbaik untuk anak-anaknya menerusi lagu yang akan disampaikan. “Kalau dahulu saya memikirkan tentang kepuasan diri saya dan peminat. Tapi sekarang saya memikirkan tentang anak-anak yang semakin membesar. “Saya mahu apa yang saya lakukan relevan untuk mereka. Saya ada anak-anak yang perlu dijaga. Saya tidak ada masa 100 peratus dengan anak-anak. Jadi saya harus keluarkan produk atau lagu yang ada kaitan dengan mereka. “Sebab itu lagu-lagu saya sekarang bersifat lebih ringan, sanyai dan ada unsur nasihat. Sebab saya harus berikan contoh yang baik untuk anak-anak,” jelasnya. Sumber: HibGlam |
adeqbun replied at 3-9-2023 10:05 PM
Wow..serius la mahakarya cinta tu time 28 thn dan skang dj 45 thn...lama dh rupenye umur lagu tu
MeowPARSI replied at 3-9-2023 11:41 PM
Suara penyanyi lelaki fav aku,, pejal tahir,, 2nd alif satar hihi
syidasaleh replied at 4-9-2023 12:43 AM
Mahakarya cinta, sayang, bencinta. FT mmg top2 meletop. Skrg sedikit kepam. But donch care
She-Ra replied at 4-9-2023 10:31 AM
terlebih kepam wehhhhh
iols suka je dgn lagu2 dia dan ada la berangan nk pegi konsert yg lepas
b ...
syidasaleh replied at 5-9-2023 12:11 AM
Sama laaa. Layan spotify je la. Harga cekik darah chuolss
becir replied at 4-9-2023 12:53 AM
Ft ni ada skandal tak?
ADVERTISEMENT