Putrajaya: Isteri kepada pemandu e-hailing yang terkorban selepas kenderaannya dinaiki terbabit dengan nahas pesawat Beechcraft Premier 1 di Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu, terharu dikunjungi selebriti bagi meraikan hari jadi anaknya.
Suriana Muda, 43, berkata, kesudian penyanyi Siti Nordiana Alias yang mesra disapa Nana bersama pelawak dan pelakon Nabil Ahmad serta Haniff Hamzah meraikan sambutan hari jadi anaknya itu cukup bermakna buat mereka sekeluarga yang masih meratapi kehilangan arwah Sharipuddin Shaari, 53. Katanya, walaupun tarikh hari jadi anaknya Nur Izzara Arissya, 9, sudah berlalu beberapa hari, namun kehadiran selebriti itu setidak-tidaknya dapat memberikan keceriaan kepada anaknya itu. "Hari jadi anak saya sepatutnya 27 Ogos lalu. Sebelum itu pihak stesen radio ada menghubungi saya menyatakan hasrat meraikan hari jadi Nur Izzara (Arissya) bersama Nana, Nabil dan Haniff semalam.
"Saya gembira melihat Nur Izzara ceria selepas dua minggu pemergian ayahnya kerana dia memang sangat rapat dan manja dengan arwah," katanya ketika dihubungi, hari ini. Kehadiran ketiga-tiga selebriti itu yang juga penyampai radio 3 Pagi Era itu ke kediaman Suriana di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi turut dikongsi di Instagram dan menerima pelbagai respons daripada netizen.
|
ina_na replied at 3-9-2023 11:31 AM
Aku rs yg mn duk kwsn berhampiran air port baik kita bayar sendiri Perkeso..mn tau tgh2 berkebun ter ...
ina_na: Aku rs yg mn duk kwsn berhampiran air port baik kita bayar sendiri Perkeso..mn tau tgh2 berkebun terjadi pe2.. mcm kwsn rumah aku ni x jauh sgt dr air ...
ADVERTISEMENT