CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2696|Reply: 6

Balu Tragedi Elmina Terharu Dikunjungi Selebriti Rai Hari Jadi Anak

[Copy link]
Post time 3-9-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Isteri kepada pemandu e-hailing yang terkorban selepas kenderaannya dinaiki terbabit dengan nahas pesawat Beechcraft Premier 1 di Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu, terharu dikunjungi selebriti bagi meraikan hari jadi anaknya.


Suriana Muda, 43, berkata, kesudian penyanyi Siti Nordiana Alias yang mesra disapa Nana bersama pelawak dan pelakon Nabil Ahmad serta Haniff Hamzah meraikan sambutan hari jadi anaknya itu cukup bermakna buat mereka sekeluarga yang masih meratapi kehilangan arwah Sharipuddin Shaari, 53.






Katanya, walaupun tarikh hari jadi anaknya Nur Izzara Arissya, 9, sudah berlalu beberapa hari, namun kehadiran selebriti itu setidak-tidaknya dapat memberikan keceriaan kepada anaknya itu.


"Hari jadi anak saya sepatutnya 27 Ogos lalu. Sebelum itu pihak stesen radio ada menghubungi saya menyatakan hasrat meraikan hari jadi Nur Izzara (Arissya) bersama Nana, Nabil dan Haniff semalam.


"Saya gembira melihat Nur Izzara ceria selepas dua minggu pemergian ayahnya kerana dia memang sangat rapat dan manja dengan arwah," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Kehadiran ketiga-tiga selebriti itu yang juga penyampai radio 3 Pagi Era itu ke kediaman Suriana di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi turut dikongsi di Instagram dan menerima pelbagai respons daripada netizen.


  



Suriana berkata, arwah Sharipuddin pernah berjanji dengan Nur Izzara Arissya untuk menyambut hari jadi bersama, namun hasrat itu tidak kesampaian selepas suaminya itu terbunuh dalam tragedi Elmina.


"Kehadiran tiga selebriti itu sudah tentu menggembirakan kami sekeluarga yang masih bersedih, ia juga dapat mengubati kerinduan Nur Izzara terhadap arwah ayahnya," katanya.


Selain Nur Izzara Arissya, arwah Sharipuddin yang berasal dari Kangar, Perlis meninggalkan seorang lagi anak, Muhammad Sharul Izuan, 16.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah yg ni tak der dapat pencen PERKESO utk balu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rs yg mn duk kwsn berhampiran air port baik kita bayar sendiri Perkeso..mn tau tgh2 berkebun terjadi pe2.. mcm kwsn rumah aku ni x jauh sgt dr airport..30minit dah boleh sampai kadang2 seram dgr bunyi heli..kumain rendah terbang mcm atas kepala je..tkt2 yg dr Singapore nye pun ye gak.. nak2 nk PRN ni...dl2 ms awal2 menyewa kwsn rumah x de pun bunyi mcm ni..skrg ni makin kerap..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga..

Skali pandang tgk nama anak ingatkan nama retis..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 12:59 PM | Show all posts
ina_na replied at 3-9-2023 11:31 AM
Aku rs yg mn duk kwsn berhampiran air port baik kita bayar sendiri Perkeso..mn tau tgh2 berkebun ter ...

Rumah tepi jalan utama lebih bahaya especially tepi selekoh.

Mati kena hempap kapalterbang terhempas ni very rare lah.

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 09:48 AM | Show all posts
ina_na: Aku rs yg mn duk kwsn berhampiran air port baik kita bayar sendiri Perkeso..mn tau tgh2 berkebun terjadi pe2.. mcm kwsn rumah aku ni x jauh sgt dr air ...

aku dok area airport (dlm 2-3 km ja) dah dekat 40 tahun...
yg aku risau bila xdak bunyi kapal terbang...
mesti jadi apa2

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2023 09:51 AM | Show all posts
family ni pun aku kesian sgt2...semua muka nmpk baik2 termasuk arwah suami akak ni...kejadian ni mmg buat aku menangis jugak la sbb org awam pun terlibat sama termasuk oyen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.342252 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list