Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique menyatakan dirinya amat merindui sahabat baiknya yang juga ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju. MK berkata dia dan ahli kumpulanya yang lain sentiasa menantikan kepulangan Tuju. Malah ikatan yang sudah dianggap sebagai keluarga masih terpahat di dalam hati dan doanya.
"Saya rindu semua termasuk Tuju. K-Clique ada lapan orang dan kami dari susah, dari zaman tiada nama dan sekarang alhamdulillah Allah bagi rezeki terkenal sampai semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak, jadi saya rasa orang boleh faham hubungan kami macam mana. "Kami adalah keluarga, nama sentiasa dalam hati dan dalam doa. Jadi nak jangka dan tunggu dia balik, tidaklah tapi macam mana pun kami tetap keluarga. "Kumpulan K-Clique juga macam kumpulan lain pastinya ada reunion tapi buat masa sekarang, mungkin dia sedang melakar perjalanan dia, jadi saya sokong dan mendoakan untuk dia melakar perjalanan yang berwarna warni. Insya-Allah. Kami juga respek kepada privasi dan pendirian masing-masing," katanya.
|
Duta lover replied at 3-9-2023 10:27 AM
Jarang lelaki gaduh mcm ni
Kalau pompuan tu biasa
Kurex replied at 3-9-2023 02:31 AM
Bini tuju yg rap tak berapa nak sedap tu kan
ADVERTISEMENT