CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2529|Reply: 11

MK Rindu Tuju, Mohon Maaf Andai Tersinggung

[Copy link]
Post time 3-9-2023 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique menyatakan dirinya amat merindui sahabat baiknya yang juga ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju.


MK berkata dia dan ahli kumpulanya yang lain sentiasa menantikan kepulangan Tuju. Malah ikatan yang sudah dianggap sebagai keluarga masih terpahat di dalam hati dan doanya.






"Saya rindu semua termasuk Tuju. K-Clique ada lapan orang dan kami dari susah, dari zaman tiada nama dan sekarang alhamdulillah Allah bagi rezeki terkenal sampai semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak, jadi saya rasa orang boleh faham hubungan kami macam mana.


"Kami adalah keluarga, nama sentiasa dalam hati dan dalam doa. Jadi nak jangka dan tunggu dia balik, tidaklah tapi macam mana pun kami tetap keluarga.


"Kumpulan K-Clique juga macam kumpulan lain pastinya ada reunion tapi buat masa sekarang, mungkin dia sedang melakar perjalanan dia, jadi saya sokong dan mendoakan untuk dia melakar perjalanan yang berwarna warni. Insya-Allah. Kami juga respek kepada privasi dan pendirian masing-masing," katanya.


  



Dalam masa sama, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkata dia tidak pernah kesal dengan keputusan Tuju untuk mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan.


Malah MK mahu memohon maaf kepada Tuju sekiranya ada kekhilafan yang dilakukan olehnya atau ahli kumpulan K-Clique yang membuatkan dirinya tersinggung.


"Sebelum ini saya ada dengar Tuju cakap dia keluar K-Clique tapi saya tak pasti di mana. Tapi bagi saya kami adalah adik beradik, sudah macam keluarga.


"Jadi dia boleh keluar dan boleh masuk sebab kami adik beradik. Kalau ada perselisihan pun, kita selesaikan di dalam maksudnya mungkin saya ada salah dengan dia, saya minta maaf.


  



"Alang-alang, saya secara terbuka mahu minta maaf kalau saya ada salah silap dengan dia. Saya mewakili K-Clique mahu minta maaf kalau dia ada tersinggung atau ada buat dia terasa hati.


"Sejujurnya dari hati saya, saya minta maaf. Kami K-Clique dari dulu sampai sekarang adalah keluarga, saya sentiasa akan bawa nama K-Clique. Sebab itu ada nama K-Clique di belakang MK," kata MK.




Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kire gentle la mk mintak maap macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Jarang lelaki gaduh mcm ni
Kalau pompuan tu biasa

So aku syak..bini tuju tu yang punca. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Duta lover replied at 3-9-2023 10:27 AM
Jarang lelaki gaduh mcm ni
Kalau pompuan tu biasa


Bini tuju yg rap tak berapa nak sedap tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya mintak maaf secara terbuka.. kenapa ramai yg ckp bini dia punca eh
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
MK ni nampak mcm sejenis lelaki budiman ahahahaha kira kalau boleh minta maaf secaa open camnie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuju was the best rapper in the group. Piyet.

Ntah hapa htah dia merajuk sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 3-9-2023 02:31 AM
Bini tuju yg rap tak berapa nak sedap tu kan

Sedap pada aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
suara tuju plg unik, tu die xkisah nk keluar kclique. nama dia pn strong. tp nak tao jgk punca gado ni kenapa sbb btol2 membawa diri
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
moga tuju dan isteri baca ye kenyataan MK ni. walau apa pun krisis antara mereka, tetap masih ada rasa kasih. moga Allah permudahkan, moga yang baik baik buat semua pihak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 02:19 PM | Show all posts
wekkk...jijik dgn MK nih..dah ler gigi mcm cacat..pastu lapar attention...laki bini busuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 3-9-2023 02:19 PM
wekkk...jijik dgn MK nih..dah ler gigi mcm cacat..pastu lapar attention...laki bini busuk

Dia kacau ko ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.482226 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list