CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Istilah Bersara, Jamal Abdillah Akan Terus Menyanyi Selagi Ada Permintaan

2-9-2023 09:57 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2405| Komen: 12

Description: Pada usia 64 tahun, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah masih laris dan menjadi rebutan penganjur persembahan mahupun untuk mengadakan konsert ketika ini.Malah, bintang legenda yang juga Juara Bintang RTM 1 ...
Pada usia 64 tahun, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah masih laris dan menjadi rebutan penganjur persembahan mahupun untuk mengadakan konsert ketika ini.

Malah, bintang legenda yang juga Juara Bintang RTM 1979 ini mengakui tiada istilah bersara dalam bidang nyanyian yang sudah diceburi sejak empat dekad lalu.



"Saya akan terus menyanyi selagi ada permintaan peminat dan dikurniakan kesihatan yang baik.

"Nyanyian adalah punca rezeki dan saya tidak boleh menolaknya. Selagi masih laku, saya teruskan dan mungkin saya tidak akan bersara dari bidang nyanyian hingga ke akhir hayat," katanya kepada Harian Metro.

Jamal ditemui pada sidang media Akustika Kekasih Awal dan Akhir yang berlangsung di Time Less Studio, di Petaling Jaya, di sini, baru-baru ini.

Berkongsi rahsia mengekalkan suara dan stamina pada usia emas, Jamal berkata, selain aspek pemakanan dan bersenam, tidur yang cukup menjadi kunci utamanya dalam menjaga kesihatan.


Katanya, dia sangat menitik beratkan penjagaan kesihatan kerana faktor ahli keluarga yang menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

"Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

"Sebagai selebriti, saya memang pastikan mendapat rehat yang cukup dengan tidur antara enam hingga tujuh jam sehari.

"Pada masa sama, saya juga kerap bersenam di gimnasium dan berjoging untuk menjaga stamina terutama jika terbabit dengan persembahan," katanya.

Bagaimanapun, kata Jamal, dia dapat merasakan perbezaan tenaganya yang tidak lagi sekuat dulu seiring dengan peningkatan usianya itu.

Namun, katanya, dia bersyukur kerana masih mampu menyanyikan 20 lagu dalam satu persembahan atau konsert.

"Sebelum persembahan atau konsert, saya pastikan ada sesi latihan kerana ia penting untuk ketahanan ketika berada di pentas.

"Saya juga tiada masalah untuk menyanyi dua malam dengan menyampaikan sebanyak 20 lagu untuk setiap persembahan," katanya.

Menurut Jamal lagi, dia juga tidak 'all out' dan hanya akan beraksi sepenuh hati pada persembahan atau konsert yang sebenar.

"Apa yang penting, saya juga bukan sekadar menyanyi tetapi masukkan jiwa dalam setiap lagu dinyanyikan untuk menghidupkan lagi persembahan untuk kepuasan diri dan penonton," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 2-9-2023 12:47 PM
Okay tokmal.
Bila nk tambah baby lg?
Quote bedahmenjuyah 2-9-2023 01:04 PM
Mcm mana nak bersara anak pun kecik2 lg. Nak makan apa nanti.
Quote annehuda 2-9-2023 01:18 PM
Tu la sape suruh ko tua tua pun gigih nk baby kecik lg kan smpi mati dh tk leh nk pencen nyanyi lol
Quote sayawifenikmie 2-9-2023 02:34 PM
.... dia ada duit jota2 uolsss
Quote ezacbee 2-9-2023 04:57 PM
bottompro replied at 2-9-2023 12:47 PM
Okay tokmal.
Bila nk tambah baby lg?

Dah ikat okay..

Laku lagi tok jamal ni.
Quote Nana_Man 2-9-2023 05:50 PM
Bagus lah gitu.
Quote sleepandream 2-9-2023 06:47 PM
tapi tok mal ni bagus dah siap2 bagi anak rumah sebiji khenn
Quote emilyrose 2-9-2023 07:28 PM
tok mal suara sedap.. menyanyi la selagi mampu..
Quote pocongkiutss 2-9-2023 08:11 PM
sleepandream replied at 2-9-2023 06:47 PM
tapi tok mal ni bagus dah siap2 bagi anak rumah sebiji khenn

Anak2 dgn bini lama dulu dia bg juga ke? Ke dgn bini baru je?

Entahlah aku menyampah gila dgn org tua ni
Quote Selubung 2-9-2023 08:22 PM
pocongkiutss replied at 2-9-2023 08:11 PM
Anak2 dgn bini lama dulu dia bg juga ke? Ke dgn bini baru je?

Entahlah aku menyampah gila dgn org ...

Dengar citer dia bagi jugak, time zaki yamani merajuk dia pujuk
Quote ashilalat 2-9-2023 10:12 PM
Kalau penyanyi pompuan baru umo 35 ke 40 forumer dah suruh bersara jaga anak kat umah

Tp kalo penyanyi lelaki menggelenyar forumer2 suruh nyanyi sampai mati.

Quote Burong_Hantuk 4-9-2023 11:26 AM
bila nak quit dadih????

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.046865 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top