View: 2521|Reply: 12
|
Tiada Istilah Bersara, Jamal Abdillah Akan Terus Menyanyi Selagi Ada Permintaan
[Copy link]
|
|
Pada usia 64 tahun, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah masih laris dan menjadi rebutan penganjur persembahan mahupun untuk mengadakan konsert ketika ini.
Malah, bintang legenda yang juga Juara Bintang RTM 1979 ini mengakui tiada istilah bersara dalam bidang nyanyian yang sudah diceburi sejak empat dekad lalu.
"Saya akan terus menyanyi selagi ada permintaan peminat dan dikurniakan kesihatan yang baik.
"Nyanyian adalah punca rezeki dan saya tidak boleh menolaknya. Selagi masih laku, saya teruskan dan mungkin saya tidak akan bersara dari bidang nyanyian hingga ke akhir hayat," katanya kepada Harian Metro.
Jamal ditemui pada sidang media Akustika Kekasih Awal dan Akhir yang berlangsung di Time Less Studio, di Petaling Jaya, di sini, baru-baru ini.
Berkongsi rahsia mengekalkan suara dan stamina pada usia emas, Jamal berkata, selain aspek pemakanan dan bersenam, tidur yang cukup menjadi kunci utamanya dalam menjaga kesihatan.
Katanya, dia sangat menitik beratkan penjagaan kesihatan kerana faktor ahli keluarga yang menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.
"Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
"Sebagai selebriti, saya memang pastikan mendapat rehat yang cukup dengan tidur antara enam hingga tujuh jam sehari.
"ada masa sama, saya juga kerap bersenam di gimnasium dan berjoging untuk menjaga stamina terutama jika terbabit dengan persembahan," katanya.
Bagaimanapun, kata Jamal, dia dapat merasakan perbezaan tenaganya yang tidak lagi sekuat dulu seiring dengan peningkatan usianya itu.
Namun, katanya, dia bersyukur kerana masih mampu menyanyikan 20 lagu dalam satu persembahan atau konsert.
"Sebelum persembahan atau konsert, saya pastikan ada sesi latihan kerana ia penting untuk ketahanan ketika berada di pentas.
"Saya juga tiada masalah untuk menyanyi dua malam dengan menyampaikan sebanyak 20 lagu untuk setiap persembahan," katanya.
Menurut Jamal lagi, dia juga tidak 'all out' dan hanya akan beraksi sepenuh hati pada persembahan atau konsert yang sebenar.
"Apa yang penting, saya juga bukan sekadar menyanyi tetapi masukkan jiwa dalam setiap lagu dinyanyikan untuk menghidupkan lagi persembahan untuk kepuasan diri dan penonton," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Okay tokmal.
Bila nk tambah baby lg? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana nak bersara anak pun kecik2 lg. Nak makan apa nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la sape suruh ko tua tua pun gigih nk baby kecik lg kan smpi mati dh tk leh nk pencen nyanyi lol |
|
|
|
|
|
|
|
.... dia ada duit jota2 uolsss |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tok mal ni bagus dah siap2 bagi anak rumah sebiji khenn |
|
|
|
|
|
|
|
tok mal suara sedap.. menyanyi la selagi mampu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 2-9-2023 06:47 PM
tapi tok mal ni bagus dah siap2 bagi anak rumah sebiji khenn
Anak2 dgn bini lama dulu dia bg juga ke? Ke dgn bini baru je?
Entahlah aku menyampah gila dgn org tua ni |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 2-9-2023 08:11 PM
Anak2 dgn bini lama dulu dia bg juga ke? Ke dgn bini baru je?
Entahlah aku menyampah gila dgn org ...
Dengar citer dia bagi jugak, time zaki yamani merajuk dia pujuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|