Penyanyi MK K-Clique mengakui pertuturannya menggunakan bahasa Melayu standard kini semakin baik, berbanding ketika awal pembabitannya bergelar pelakon apabila slanga atau loghat Sabahnya kedengaran terlalu ‘pekat’.
MK atau nama lengkapnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia dapat memperbaiki sedikit cara percakapannya itu hasil usahanya sendiri melalui pendengaran selain sering berkomunikasi dengan isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin di rumah menggunakan bahasa Melayu standard. “Alhamdulillah saya sudah dapat memperbaiki sedikit cara sebutan dan pertuturan menggunakan bahasa Melayu ‘semenanjung’. Kalau sebelum ini loghat Sabah saya memang sangat pekat. “Saya banyak belajar sendiri melalui pendengaran selain selalu berkomunikasi dengan isteri di rumah menggunakan bahasa Melayu standard. Tapi bagi saya, kebolehan bertutur menggunakan kedua-dua bahasa ini dapat memberi kelebihan dalam kerjaya lakonan saya.
“Lagi pun isteri saya tidak berapa faham kalau saya bercakap menggunakan slanga Sabah. Tapi lama-lama dia sudah boleh ‘tangkap’ apa yang saya cuba hendak sampaikan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.
|
zuriey replied at 2-9-2023 09:44 AM
Bakalan menjadi seperti noh busyuk dan miss nina kah..hajar tu dah npk sedikit gundu dan kepams dgn ...
I.K.A888990 replied at 2-9-2023 01:51 AM
tak yah mini lan pet pet
terganggu la tgk gigi dia bila bercakap
Pak.dolla replied at 2-9-2023 04:00 PM
tepat sekali....Aku puas pikir mcm muka seseorg..kembar petpet
I.K.A888990 replied at 2-9-2023 08:03 AM
sebijik sgt...lg2 tine dia senyum kambing tu adoiiiii
ADVERTISEMENT