View: 2568|Reply: 15
|
MK K-Clique Seronok Berlakon, Makin Fasih Cakap ‘Semenanjung’
[Copy link]
|
|
Penyanyi MK K-Clique mengakui pertuturannya menggunakan bahasa Melayu standard kini semakin baik, berbanding ketika awal pembabitannya bergelar pelakon apabila slanga atau loghat Sabahnya kedengaran terlalu ‘pekat’.
MK atau nama lengkapnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia dapat memperbaiki sedikit cara percakapannya itu hasil usahanya sendiri melalui pendengaran selain sering berkomunikasi dengan isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin di rumah menggunakan bahasa Melayu standard.
“Alhamdulillah saya sudah dapat memperbaiki sedikit cara sebutan dan pertuturan menggunakan bahasa Melayu ‘semenanjung’. Kalau sebelum ini loghat Sabah saya memang sangat pekat.
“Saya banyak belajar sendiri melalui pendengaran selain selalu berkomunikasi dengan isteri di rumah menggunakan bahasa Melayu standard. Tapi bagi saya, kebolehan bertutur menggunakan kedua-dua bahasa ini dapat memberi kelebihan dalam kerjaya lakonan saya.
“Lagi pun isteri saya tidak berapa faham kalau saya bercakap menggunakan slanga Sabah. Tapi lama-lama dia sudah boleh ‘tangkap’ apa yang saya cuba hendak sampaikan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.
Pada masa sama, penyanyi dan pelakon berusia 27 tahun itu yang ditemui semasa konsert Kepci Music Fest baru-baru ini berkata, dia kini telah jatuh cinta dalam bidang lakonan dan menganggap kedua-dua bidang, sama ada nyanyian dan lakonan mempunyai kepuasan yang berbeza.
“Kalau ditanya bidang mana yang paling saya minati, dua-duanya saya suka (lakonan dan nyanyian) kerana masing-masing ada kepuasan dan kenikmatannya tersendiri.
“Kedua-dua bidang itu sangat menyeronokkan. Alhamdulillah, sejak menceburi bidang lakonan, saya dihujani dengan banyak tawaran drama dan telemovie.
“Tapi saya tidak akan melupakan bidang nyanyian bersama K-Clique. Insya-Allah, hujung tahun ini kami akan keluarkan single baharu.
Terdahulu, MK mula terjun dalam bidang lakonan selepas membintangi drama pertamanya berjudul The Hotel pada 2021 dengan memegang watak sebagai Sean.
Selain The Hotel, MK juga pernah membintangi beberapa buah drama lain seperti Oh My Hantaran dan I LOVE You Stupid!
Sumber: Kosmo! Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Bang MK, amik gambar tolong jgn senyum nampak gigi. Nampak pelik. Gambar tutup mulut ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan menjadi seperti noh busyuk dan miss nina kah..hajar tu dah npk sedikit gundu dan kepams dgn jubah hitam sheols
|
|
|
|
|
|
|
|
Camner ler bini ko ngadap ko.. cam kanak2 ribena terlebih gula |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 2-9-2023 09:44 AM
Bakalan menjadi seperti noh busyuk dan miss nina kah..hajar tu dah npk sedikit gundu dan kepams dgn ...
I can see your point there. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
apa la yg minah² minat kat dia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tak yah mini lan pet pet
terganggu la tgk gigi dia bila bercakap |
|
|
|
|
|
|
|
Duit byk. Tp gigi tetap la rempit. Gigi mentos. Bagi dkt meols pon meols rejek.
Budak2 milleanial suka sgt tak tahu knp.
Dh takda muka lain ke nak minat. |
|
|
|
|
|
|
|
Xyh berlakon la MK...kayu kayan sgt |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 2-9-2023 01:51 AM
tak yah mini lan pet pet
terganggu la tgk gigi dia bila bercakap
tepat sekali....Aku puas pikir mcm muka seseorg..kembar petpet |
|
|
|
|
|
|
|
Pak.dolla replied at 2-9-2023 04:00 PM
tepat sekali....Aku puas pikir mcm muka seseorg..kembar petpet
sebijik sgt...lg2 tine dia senyum kambing tu adoiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Tawau ni ok sikit. Belah2 kk tu saja je nak bgtau seisi alam dia org sabah dengan slang pekat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 2-9-2023 08:03 AM
sebijik sgt...lg2 tine dia senyum kambing tu adoiiiii
kan...cuma rambut dia ni kerinting |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosmahisham at 2-9-2023 11:02 PM
Jadi hero dlm I Love U Stupid tu best jgk..heroin pon pandai berlakon..manis je walopn hitam manis..sesuai la jd Iris yg chicky ..tp mamat ni x sesuai jd abg pedass/firman Ibrahim..ptt cari yg muka ada arab2 sikit sbb family firman ada darah arab n melayu champa! Bosan weh dengar dia ckp bahasa baku! Sabahan kan..hmmm. X blh nk feel..pdhal sis lama tunggu naskah ni sampai arwah kak melor/MJ dh x de..baru dpt tgk..tp hero pulakkkk..adui potong stimmm |
|
|
|
|
|
|
|
Tolonglah jgn berlakon dh.. x menarik tgk visual dia ni.. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
bini dia pregnant kah???makin nampak gundu |
|
|
|
|
|
|
| |
|