Bekas penyampai radio popular, Krill Rashid, 52, cenderung melihat isu penghijrahan penggiat seni dari dunia glamor kepada kerohanian melalui sudut positif. "Penghijrahan artis secara beramai-ramai menyertai kumpulan tabligh bermula ketika PKP dikuatkuaskan.
"Ketika pandemik COVID-19 menular, banyak urusan ekonomi tidak bergerak. Orang yang bekerja tiada gaji, manakala mereka yang baru masuk kerja, terpaksa dilepaskan. "Itu bagi mereka yang ada kerja tetap. Bagaimana pula dengan artis yang tidak ada 'show', sama ada menyanyi atau berlakon? "Golongan ini lebih terkesan sebab tiada 'job' langsung. Sehingga ada antara mereka tidak mampu bayar pinjaman kenderaan dan sewa rumah, malah hendak makan pun tiada duit. "Bayangkan orang yang ada RM100 dalam tangan berbanding mereka yang tiada sesen pun hendak sara isteri dan anak. Boleh bayangkan perasaan mereka?" katanya kepada HIP.
Krill tidak menolak disebabkan senario itu, segelintir artis dan penggiat seni kemurungan. "Dalam kesempitan itulah mereka mula mencari Allah. Namun, saya tidak menganggap langkah mereka ini sebagai ikut-ikutan atau 'trend'. "Mereka sebenarnya mencari apa yang boleh diperbaiki dalam diri yang mungkin sudah banyak ketinggalan," katanya ditemui pada majlis pelancaran Festival Cinta Ummah di Bangi, Selangor, baru-baru ini. Krill yang cukup dikenali sebagai penyampai radio Era FM dan Sinar FM sepanjang 17 tahun berkecimpung dalam industri penyiaran menganggap pembabitan selebriti dalam jemaah tabligh bukanlah untuk menjadi ustaz 'segera' atau mufti. "Dalam tempoh 'berperang' dengan ujian itu, timbul keinginan mereka untuk memperbaiki diri dan agama. "Mereka mula sedar selama ini, penghayatan agama itu tiada dalam diri mereka. Dari situlah mereka mula bertanya untuk sertai jemaah tabligh. "Apabila sudah bersama jemaah tabligh selama 30 hari atau 40 hari, mereka mula rasakan perubahan dalam hidup. "Biarpun bukan dari sudut ekonomi, bukanlah kata kalau sertai tabligh, rezeki datang bergolek. Sebaliknya, ini membuka mata kita mengenai siapa sebenarnya pemberi rezeki. "Rezeki itu bukan datang daripada kita kerja dari pagi hingga malam, kita dijamin dapat duit. Saya tengok artis yang sudah berhijrah, mereka lebih faham kesusahan dialami. Tiada 'job' atau makanan, tetapi mereka ada Allah," katanya. Krill melihat sendiri bagaimana selebriti yang menyertai jemaah tabligh makin menjaga kewajipan kepada Allah. "Kalau dahulu ada yang lebih pentingkan 'show' hingga abaikan solat, tetapi sejak berhijrah, mereka utamakan solat biar sibuk sekalipun," katanya. Krill mengaku kadang-kala rindu untuk berborak di udara selepas meninggalkan dunia radio pada 2015. Krill mengucapkan selamat tinggal kepada industri penyiaran kerana menyedari jangka hayat sebagai penyampai radio tidak lama, apatah lagi dengan perubahan pasaran, 'trend' dan permintaan semasa. "Bohonglah kalau tidak rindu (kembali ke konti radio). Ini kerjaya impian saya. Namun, untuk mencari peluang, tidaklah. Jika ada yang berminat mahukan saya, mereka tahu caranya. "Saya tiada masalah untuk bekerja sepenuh masa jika kena dengan jadual. Sebelum ini, ada pihak tawarkan jadi penyampai radio pada hujung minggu. "Namun, saya kurang berminat jika sekadar muncul di radio sejam atau dua jam seminggu. Dengan jarak kediaman dan stesen radio yang jauh, tidak berbaloi saya muncul dalam segmen singkat," katanya. Sumber: BH Online
|
codenamedream replied at 2-9-2023 01:25 PM
Krill dengan FBI ke dulu?
Meols ingat2 lupa
codenamedream replied at 2-9-2023 01:25 PM
Krill dengan FBI ke dulu?
Meols ingat2 lupa
lanacondor replied at 2-9-2023 03:54 PM
Ye..tp last dgn abg jem n kak engku.. sblm tiga2 di tamatkn kontrak.. hensem heols muda dulu yach
KarinaKapur replied at 2-9-2023 07:57 PM
bottompro replied at 2-9-2023 12:53 PM
Siapa pakcik ni?
Kelihatan kepam. Mcm dh umur 60 an
lanacondor replied at 2-9-2023 08:08 PM
Wow chuolz simpan lg magazine ni semua dasyat
KarinaKapur replied at 2-9-2023 07:57 PM
Ahriman replied at 2-9-2023 09:34 PM
Paling kanan yang bercekak dipinggang sape chuols..herlok..
Ahriman replied at 2-9-2023 09:34 PM
Paling kanan yang bercekak dipinggang sape chuols..herlok..
ADVERTISEMENT