CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6759|Reply: 72

Berhijrah Bukan Mahu Jadi Ustaz 'Segera'

  [Copy link]
Post time 2-9-2023 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Bekas penyampai radio popular, Krill Rashid, 52, cenderung melihat isu penghijrahan penggiat seni dari dunia glamor kepada kerohanian melalui sudut positif.


"enghijrahan artis secara beramai-ramai menyertai kumpulan tabligh bermula ketika PKP dikuatkuaskan.


"Ketika pandemik COVID-19 menular, banyak urusan ekonomi tidak bergerak. Orang yang bekerja tiada gaji, manakala mereka yang baru masuk kerja, terpaksa dilepaskan.








"Itu bagi mereka yang ada kerja tetap. Bagaimana pula dengan artis yang tidak ada 'show', sama ada menyanyi atau berlakon?


"Golongan ini lebih terkesan sebab tiada 'job' langsung. Sehingga ada antara mereka tidak mampu bayar pinjaman kenderaan dan sewa rumah, malah hendak makan pun tiada duit.


"Bayangkan orang yang ada RM100 dalam tangan berbanding mereka yang tiada sesen pun hendak sara isteri dan anak. Boleh bayangkan perasaan mereka?" katanya kepada HIP.


Krill tidak menolak disebabkan senario itu, segelintir artis dan penggiat seni kemurungan.


"Dalam kesempitan itulah mereka mula mencari Allah. Namun, saya tidak menganggap langkah mereka ini sebagai ikut-ikutan atau 'trend'.


"Mereka sebenarnya mencari apa yang boleh diperbaiki dalam diri yang mungkin sudah banyak ketinggalan," katanya ditemui pada majlis pelancaran Festival Cinta Ummah di Bangi, Selangor, baru-baru ini.


Krill yang cukup dikenali sebagai penyampai radio Era FM dan Sinar FM sepanjang 17 tahun berkecimpung dalam industri penyiaran menganggap pembabitan selebriti dalam jemaah tabligh bukanlah untuk menjadi ustaz 'segera' atau mufti.


"Dalam tempoh 'berperang' dengan ujian itu, timbul keinginan mereka untuk memperbaiki diri dan agama.


"Mereka mula sedar selama ini, penghayatan agama itu tiada dalam diri mereka. Dari situlah mereka mula bertanya untuk sertai jemaah tabligh.


"Apabila sudah bersama jemaah tabligh selama 30 hari atau 40 hari, mereka mula rasakan perubahan dalam hidup.


"Biarpun bukan dari sudut ekonomi, bukanlah kata kalau sertai tabligh, rezeki datang bergolek. Sebaliknya, ini membuka mata kita mengenai siapa sebenarnya pemberi rezeki.


"Rezeki itu bukan datang daripada kita kerja dari pagi hingga malam, kita dijamin dapat duit. Saya tengok artis yang sudah berhijrah, mereka lebih faham kesusahan dialami. Tiada 'job' atau makanan, tetapi mereka ada Allah," katanya.


Krill melihat sendiri bagaimana selebriti yang menyertai jemaah tabligh makin menjaga kewajipan kepada Allah.


"Kalau dahulu ada yang lebih pentingkan 'show' hingga abaikan solat, tetapi sejak berhijrah, mereka utamakan solat biar sibuk sekalipun," katanya.


Krill mengaku kadang-kala rindu untuk berborak di udara selepas meninggalkan dunia radio pada 2015.


Krill mengucapkan selamat tinggal kepada industri penyiaran kerana menyedari jangka hayat sebagai penyampai radio tidak lama, apatah lagi dengan perubahan pasaran, 'trend' dan permintaan semasa.


"Bohonglah kalau tidak rindu (kembali ke konti radio). Ini kerjaya impian saya. Namun, untuk mencari peluang, tidaklah. Jika ada yang berminat mahukan saya, mereka tahu caranya.


"Saya tiada masalah untuk bekerja sepenuh masa jika kena dengan jadual. Sebelum ini, ada pihak tawarkan jadi penyampai radio pada hujung minggu.


"Namun, saya kurang berminat jika sekadar muncul di radio sejam atau dua jam seminggu. Dengan jarak kediaman dan stesen radio yang jauh, tidak berbaloi saya muncul dalam segmen singkat," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa pakcik ni?
Kelihatan kepam. Mcm dh umur 60 an
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
52 ni baya han ijek. Kenapa nampak tua benar?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Krill dengan FBI ke dulu?
Meols ingat2 lupa
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 2-9-2023 01:25 PM
Krill dengan FBI ke dulu?
Meols ingat2 lupa

Ye..tp last dgn abg jem n kak engku.. sblm tiga2 di tamatkn kontrak.. hensem heols muda dulu yach
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 2-9-2023 01:25 PM
Krill dengan FBI ke dulu?
Meols ingat2 lupa

Dia femes masa dgn kiran dekat era. Memang kelakar 2 org ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2023 07:48 PM | Show all posts
Crush iols ni dulu,masa zaman Era.fm slalu dgr..suara sedap, muka herlokk



Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 2-9-2023 03:54 PM
Ye..tp last dgn abg jem n kak engku.. sblm tiga2 di tamatkn kontrak.. hensem heols muda dulu yach

Drama ditamatkan kontrak tu.. baru meols teringat
Kesian dorang, masa tu dah ngam sgt 3 orang tu. Meols ingat2 lupa sebab jrg layan radio.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
KarinaKapur replied at 2-9-2023 07:57 PM

Wow chuolz simpan lg magazine ni semua dasyat
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kril Kiran.. best diaorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Krill n kiran dulu best
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kumpulan khafi ..khairil +faizal ismail ..lagu tiada yg kedua lagu fav
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bottompro replied at 2-9-2023 12:53 PM
Siapa pakcik ni?
Kelihatan kepam. Mcm dh umur 60 an

Sah2 uolls baru tercipta dlm rahim mak uolls masa heolls mendunia dgn radio era dedulu

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Time diorg khiril, kiran jadi dj era memang best giler...btw, mana kiran ya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
KarinaKapur replied at 2-9-2023 07:57 PM

Era time nie memang layan habis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 2-9-2023 08:08 PM
Wow chuolz simpan lg magazine ni semua dasyat

Hahaha bukannn, iols ambik dr fb jamal jamaludin..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
KarinaKapur replied at 2-9-2023 07:57 PM

Paling kanan yang bercekak dipinggang sape chuols..herlok..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 2-9-2023 09:34 PM
Paling kanan yang bercekak dipinggang sape chuols..herlok..

Jamal jamaludin tu chuols.. yg mlm2 bc sms romantis.. Ganda 23. Pastu bunyi petir..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 2-9-2023 09:34 PM
Paling kanan yang bercekak dipinggang sape chuols..herlok..

Jamal jamaluddin dik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 305593 Replies : 7535
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 14130 Replies : 196
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9743 Replies : 55
Kena lagi :Netizen bengang Atlet Malaysia  dapat tajaan Skechers penyokong kuat Israel
YgBenarKena lagi :Netizen bengang Atlet Malaysi
Views : 4347 Replies : 10
Anaknya Dah Tingkatan 1" - Guru 'Pening' Ibu Mengadu Kasut Anak Hilang Di Sekolah
YgBenarAnaknya Dah Tingkatan 1" - Guru 'Pen
Views : 5910 Replies : 1
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 11805 Replies : 93
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 31025 Replies : 170
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 11504 Replies : 73
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 90356 Replies : 815
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 107017 Replies : 2932

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.068670 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list