CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Makin Berusia Makin Kacak, Aqasha Pecah Rahsia Untuk Kekal Awet Muda

1-9-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7459| Komen: 59

Aqasha kongsi rahsia untuk mengekalkan awet muda biarpun usianya kini sudah pun mencecah 40-an.

Menerusi temu bual bersama sebuah majalah, dia mendedahkan amalan yang sering dilakukannya untuk kekal cergas dan sihat sentiasa.


Foto: IG

“Sebagai seorang manusia, kita kena menitikberatkan kesihatan. Pada saya apa yang penting adalah pengambilan makanan dan juga menjaga waktu tidur.

“Di samping itu juga saya rasa perlu ada aktiviti ataupun riadah yang boleh kuatkan kardiovaskular kita sebab jantung sangat penting untuk kita pastikan ‘longevity’.


“Bila usia dah meningkat ini, kita kena beri tumpuan pada pemakanan dan waktu tidur,” kongsinya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Embun ini turut menitikberatkan aktiviti riadah serta pengambilan suplemen sebagai cara untuk kekal aktif dan sihat.


“Kalau boleh kita kena adakan aktiviti riadah.

“Tak semua orang boleh buat setiap hari tapi jika buat dalam seminggu dua atau tiga kali atau sehari dalam lima belas ke dua puluh minit pun jadi lah. Daripada tak ada langsung.


“Disamping itu mungkin ada sedikit suplemen yang membantu menambahkan kecergasan saya lagi,” ujarnya lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 1-9-2023 08:07 PM
Memang yumyyy.
Cuma from to time kemaskan jambang dan misai.

Quote anony-mous 1-9-2023 08:10 PM
Bernanah la hati n mata rota
Quote Mademoisellee 1-9-2023 08:11 PM
Sama dgn Asyraf Muslim
Quote red_velvet 1-9-2023 08:29 PM
Masih mampu vibrate melihat abam akashah
Quote missHaidiD 1-9-2023 08:43 PM
Tetap sendu
Quote Ahriman 1-9-2023 09:24 PM
Rita is typing....
Quote bedahmenjuyah 1-9-2023 09:46 PM
Dia ni berlakon drama je kan. Filem belum dpt jd lead lagi ke ada? So kacak pun belum dpt jd hero filem kecuali mula2 keluar dulu dgn akak dukun.
Quote Ahriman 1-9-2023 10:09 PM
Edited by Ahriman at 1-9-2023 10:11 PM
bedahmenjuyah replied at 1-9-2023 09:46 PM
Dia ni berlakon drama je kan. Filem belum dpt jd lead lagi ke ada? So kacak pun belum dpt jd hero fi ...


die jadi jeneral jepun kan cita tu...crush giler die dlm filem tu..
Quote belacan_gurl 2-9-2023 12:17 AM
Kuat berpeluh..terkenang2 zaman dia join gv... berpeluh tambah mekap..perghhh bercucuran
Quote sharlenetexas 2-9-2023 04:01 AM
Jgn berskandal. Jgn biarkan diri disondol.

Quote Diplomat 2-9-2023 04:39 AM
Jenis keturunan awet muda ni.
Quote anilanil 2-9-2023 08:47 AM
Bang, kalo asyik bersenam dlm gym, bukan mengcangkul di kebun, bukan menebas semak samun, bukan pruning pelepah sawit mmg kulit tampak muda. Abang pon rasanya tak alami stress di tempat keje, mmg kurang kedut & uban la.
Quote aechae 2-9-2023 08:55 AM
Dia keja apa?
Quote ninja boy 2-9-2023 08:57 AM
Untungla byk masa utk bersenam
Quote codenamedream 2-9-2023 09:14 AM
bedahmenjuyah replied at 1-9-2023 09:46 PM
Dia ni berlakon drama je kan. Filem belum dpt jd lead lagi ke ada? So kacak pun belum dpt jd hero fi ...

EMBUN 1000057873.jpg
Quote kakakgarang 2-9-2023 11:17 AM
heolls tak sesuai dgn wife.. wifenya muka keras
Quote cmf_premierleag 2-9-2023 11:25 AM
Dia ni slalu bajet2 m.nasir...acah2 jiwa seniman sebegitu
Quote iraizz 2-9-2023 11:44 AM
Memang lelaki kalau pandai jaga kekemasan diri umur 40 an lagi aummm banding umur ketika waktu usia pertengahan 25 an dan 30 an
Quote irsa 2-9-2023 12:20 PM
Tp heols jarang keluar kat tv, kan. Wondering why heols kurang dpt offer

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.163689 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top