CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Over! Influencer Amal Poligami Bengang Puteri Sarah Dah Melampau Suruh Isteri Cepat Angkat Kaki Kalau Dimadukan

1-9-2023 03:42 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13463| Komen: 150|Original author: Saiful

Fais Al-Hajari menyifatkan kenyataan Puteri Sarah Liyana berhubung isu poligami adalah keterlaluan.

Influencer itu meminta agar aktres berkenaan tidak menyamakan sejarah rumah tangganya dengan pasangan lain kerana setiap orang mempunyai kisah berbeza.




Malah Fais yang juga mempunyai dua orang isteri berpendapat tindakan Puteri Sarah itu mampu membuatkan rumah tangga orang lain musnah disebabkan nasihat diberikan.

"Puteri Sarah Liyana, saya nak nasihatkan satu saja. Jangan over! Memang rumah tangga anda hancur dan memang kehancuran itu disebabkan antara lain oleh sikap si lelaki.

Jangan Over! Influencer Amal Poligami Bengang Puteri Sarah Dah Melampau Suruh Isteri Cepat Angkat Kaki Kalau Dimadukan


Jangan Over! Influencer Amal Poligami Bengang Puteri Sarah Dah Melampau Suruh Isteri Cepat Angkat Kaki Kalau Dimadukan


"Tapi itu tak bermakna anda ada hak untuk mempengaruhi wanita-wanita lain untuk menghancurkan rumah tangga mereka pula.


Loading FB Post...

"Hanya kerana anda pernah jadi 'mangsa' maka tak semestinya anda ada segala hak untuk bersuara dan orang lain tak boleh sanggah anda," katanya di Facebook.

Semua ini berpunca apabila Puteri Sarah menasihati para isteri agar mengundurkan diri sekiranya terasa dianiaya di dalam perkahwinan.

Kenyataan itu dibuat Puteri Sarah berkenaan isu pempengaruh media sosial Abang Tesla yang turut berpoligami.

Loading FB Post...

Tidak berdiam diri, Puteri Sarah menegaskan dia tidak pernah menghasut mana-mana wanita yang hidup berpoligami untuk meninggalkan perkahwinan mereka.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjelaskan dia juga bukan seorang wanita anti poligami sebaliknya hanya memberi nasihat kepada kaum wanita agar menjadi bijak terutamanya bagi mereka yang teraniya.

"Silakan yang nak berpoligami itu tidak salah yang salah adalah lelaki berpoligami tapi tidak memiliki tanggungjawab sesuai syariat agama Islam.

Loading FB Post...

"Jadi kalau lelaki membaca ini dengan tanggapan negatif, berhati busuk maka andalah yang bermasalah atau anda ada buat salah dengan isteri sampai takut dengan kenyataan ini.

"Saya tak menghasut sesiapa. Kalau awak rasa menghasut adalah itu kan... Faham ke tidak kenyataan saya?," katanya menerusi hantaran di Facebook bagi menjawab kenyataan Fais. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nham22 1-9-2023 03:47 PM
Betul laa.dari dok kusut makan hati lame2x stress kene cancer.. Mati menyusahkan org.. Baik angkat kaki jaga kesihatan mental sendiri... Konsep redho kalau suami tu kaya tp kurang nk beri kasih sayang sebab kan mmg terhad... Tp kaya berikan nafkah yg cukup.. Sediakan serba serbi.. Urus serba serbi... Ini tidak serba serbi kurang.... Batin kurang nafkah zahir ke laut.. Baik angkat kaki
Quote Mata.kucing 1-9-2023 03:48 PM
go sarah..semanggat tuk wanita
Quote jiwakacau06 1-9-2023 03:51 PM
masa sol buat prgai....sekor pu dai ahli batak follower ...xbersuara sikit pn....
dasar jantan
Quote jiwakacau06 1-9-2023 03:54 PM
pmpuan yg terpengaruh dgn ps...xkn xda otak sndri nk fikir baik buruk.....
yg baik ambil iktibar...(pmpuan kna ada duit sndri,,anytime boleh brpisah)
yg buruk tu...(dia brsabar 4tahun sblum tuntut cerai)mental dia teruk depression masa tu...ada jantan tu kisah....tak pn...
Quote manehnya 1-9-2023 03:56 PM
pakcik triggered nape
Quote che-cikL 1-9-2023 03:56 PM
Owh gitu nama dia.. apa nama penuh dia ya? Iols tahu dia Papa Berry je. Dia anak arwah Arpah Damanhuri, merangkap anak sedara Normah Damanhuri, merangkap sepupu Kak KM lah kan?
Quote makneng 1-9-2023 03:58 PM
Lahhh nak pegaruh wanita apanya bai…kalau wanita tu jenis yg pikir panjang mmg angkat kakilah…yg jenis pikir sekerat2 jadi lah mangsa org mcm kau bai
Quote love_warrior 1-9-2023 04:03 PM
Rajin PS ni melayan
Quote kelip2_07 1-9-2023 04:06 PM
alahh pcik meroyan kenape?suka ati dia la nk ckp ape

bodohh
Quote zuriey 1-9-2023 04:09 PM
Goyang la tu bini dia nak minta cerai kot
Quote ilahaz 1-9-2023 04:24 PM
pokcik berry xde nak ckp apa2 ke kt abg tesla tu
Quote putericahaya999 1-9-2023 04:28 PM
Tumpang limelight ps ke pocik... ps x kacau sapa2 pun
Quote nadmal19 1-9-2023 04:31 PM
ini lah lelaki..bab Poligami kemain korang nak pertahankan, siap sunah Nabi bagai..bab keadilan, bab nafkah..ade ko ikut sunah NABI...

loser!!!

Go Sarah Go!!!!! zaman skang ppuan kene bangkit dari di tindas oleh kaum lelaki yg hanya pentingkan Nafsu sndri!
Quote guesswho09 1-9-2023 04:31 PM
love_warrior replied at 1-9-2023 04:03 PM
Rajin PS ni melayan

I suka je dia balas balik
komen jantan tu
Quote Sesuatu… 1-9-2023 04:35 PM
Jgn gaduh sgt nnt terkahwin
Quote Straya 1-9-2023 04:36 PM
Tudung hijau tu bini muda ke? Macam mak bapak bergambar dengan anak sulung yang baru lepas spm aje
Quote SembangKari 1-9-2023 04:43 PM
Merempan..
Dah goyang ke.. ilek ankel, gunakan bebola telor mung menambat hati binik2 mung
Quote Seenia 1-9-2023 04:44 PM
Maksud psl tu kalau tak suka angkat kaki..kalau tak kisah berpoligami,lantak la nak stay pun..tiberr cakap menghasut
Quote mamaterrer 1-9-2023 04:57 PM
Apoooo jantan ni butthurt sgt ni???? masa sol Tu buat Sarah Mcm Tu xde plak ko beriya bg statement

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058594 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top