Fais Al-Hajari menyifatkan kenyataan Puteri Sarah Liyana berhubung isu poligami adalah keterlaluan.
Influencer itu meminta agar aktres berkenaan tidak menyamakan sejarah rumah tangganya dengan pasangan lain kerana setiap orang mempunyai kisah berbeza.
Malah Fais yang juga mempunyai dua orang isteri berpendapat tindakan Puteri Sarah itu mampu membuatkan rumah tangga orang lain musnah disebabkan nasihat diberikan.
"uteri Sarah Liyana, saya nak nasihatkan satu saja. Jangan over! Memang rumah tangga anda hancur dan memang kehancuran itu disebabkan antara lain oleh sikap si lelaki.
Jangan Over! Influencer Amal Poligami Bengang Puteri Sarah Dah Melampau Suruh Isteri Cepat Angkat Kaki Kalau Dimadukan
Jangan Over! Influencer Amal Poligami Bengang Puteri Sarah Dah Melampau Suruh Isteri Cepat Angkat Kaki Kalau Dimadukan
"Tapi itu tak bermakna anda ada hak untuk mempengaruhi wanita-wanita lain untuk menghancurkan rumah tangga mereka pula.
"Hanya kerana anda pernah jadi 'mangsa' maka tak semestinya anda ada segala hak untuk bersuara dan orang lain tak boleh sanggah anda," katanya di Facebook.
Semua ini berpunca apabila Puteri Sarah menasihati para isteri agar mengundurkan diri sekiranya terasa dianiaya di dalam perkahwinan.
Kenyataan itu dibuat Puteri Sarah berkenaan isu pempengaruh media sosial Abang Tesla yang turut berpoligami.
Tidak berdiam diri, Puteri Sarah menegaskan dia tidak pernah menghasut mana-mana wanita yang hidup berpoligami untuk meninggalkan perkahwinan mereka.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjelaskan dia juga bukan seorang wanita anti poligami sebaliknya hanya memberi nasihat kepada kaum wanita agar menjadi bijak terutamanya bagi mereka yang teraniya.
"Silakan yang nak berpoligami itu tidak salah yang salah adalah lelaki berpoligami tapi tidak memiliki tanggungjawab sesuai syariat agama Islam.
"Jadi kalau lelaki membaca ini dengan tanggapan negatif, berhati busuk maka andalah yang bermasalah atau anda ada buat salah dengan isteri sampai takut dengan kenyataan ini.
"Saya tak menghasut sesiapa. Kalau awak rasa menghasut adalah itu kan... Faham ke tidak kenyataan saya?," katanya menerusi hantaran di Facebook bagi menjawab kenyataan Fais. -CARI |