CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu Cadang Kerajaan Anwar Ibrahim Beri Bantuan Sara Hidup Isi Rumah RM6,000 Sebulan, Bujang RM2700 Untuk Basmi Kemiskinan

1-9-2023 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5643| Komen: 64

Seorang individu menggunkan nama Hapus Miskin mengrimkan cadangan kepada Kosmo melalui ruangan Luahan Pembaca

SAUDARA PENGARANG,

Hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menamatkan kemiskinan tegar hanya boleh dilaksanakan sekiranya beberapa cadangan ini dimasukkan di dalam Belanjawan.


Apa kata mulakan pada Belanjawan 2024 Oktober ini dengan menggantikan Sumbangan Tunai Rahmah secara beransur-ansur kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bulanan.

Foto: Kosmo

Dicadangkan kepada Anwar supaya isi rumah diberi BSH RM6,000 sebulan, bujang (18 tahun ke atas) RM2,700, warga emas tanpa pasangan RM4,000 dan individu di bawah 18 tahun RM700.

Penerima boleh disemak melalui senarai bantuan sebelum ini.

Kerajaan juga mesti menyediakan potongan harga jualan rahmah sebanyak 45 peratus ke atas makanan dan minuman yang mesti dilaksanakan tiga kali seminggu iaitu Selasa, Rabu dan Ahad selain pada musim perayaan selepas pembentangan belanjawan.


Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, kerajaan perlu menawarkan potongan harga 50 peratus setiap hari.

Kami berharap perdana menteri menerima cadangan ini jika benar-benar mahu membasmi kemiskinan tegar dengan segera.

Hapus miskin
Malaysia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 1-9-2023 01:15 PM
Dasar pemalas. Kerja la semua nk di bantu. Ada org awal pg keluar kje. Blik tgh mlm tiap2 hari cri rezeki. Jumpa anak bini Pon brp jam je. Usaha la lain la ko cacat ke ada penyakit berjangkit ke. Kt area rumah aku mck ni de tiroid telinga xdgr. Suami kaki potong duk kerusi roda. Gigih meniaga nasi lemak cri rezeki.
Quote asfaz 1-9-2023 01:18 PM
Tu bukan hapus kemiskinan,terus jadi negara miskin terus.
Quote isseliparjepun 1-9-2023 01:19 PM
Cadangan minta dimaki ke ni? Atau memang pemberi cadangan ni sememangnya suka cari perhatian, justeru kemahiran menimbang baik buruk kesan sesuatu perbuatan kelihatan amat terhad, kesian.
Quote Sesuatu… 1-9-2023 01:21 PM
Haha nafsu kau si hapus miskin kemain ye nk duit free. Kang gomen naikkan cukai bukan kau yg kena sbb kau penerima bantuan kerajaan. Suwey betul
Quote jejaka_hensem 1-9-2023 01:22 PM
Ni cara kaum biawak menambah ahli saudara dorang dlm masyarakat
Quote cm_vungtau 1-9-2023 01:28 PM
Abih duit BSH tu dapat kat mana dek non? Kalau bukan orang bekerja yang diperah bayar tax puluh2 ribu. Ko ingat politicians tu nak pakai duit poket diorang ke?
Quote Marylis 1-9-2023 01:47 PM
amboi rm6 k... senang hidup
Quote sambaldurian 1-9-2023 01:48 PM
Klu gini aku nk apply jd org miskin la gitu. Xyah ssh2 g kerja. Tu bkn basmi miskin nok, tu buat negara menuju kemuflisan. X pasti la org ni menyindir ke serius. Klu serius aku dpt bayangkan dia ni kaki lebur forex, kaki lebur bitcoin dgn harapan lebur rm50 dpt rm5k. Pastu yg kaya scammer oversea.
Quote iolss 1-9-2023 01:50 PM
fuhhhh dia nye demand kalah org master nye expected salary dlm resume.. ketahian apakah.. smpai bila nk jd biawak? bwk2la g cri keja. ehh geram pulak iols bc nih.
Quote Lolalala 1-9-2023 02:00 PM
Kalau kerajaan tonggong ikut idea biawak ni, makin banyak laaaa iklan kerja kosong nanti. Sekarang pun jenuh wei nak cari pekerja
Quote Innrukia 1-9-2023 02:00 PM
ni troll ka or kebodohan tiada batasan
Quote laksmanabentan 1-9-2023 02:04 PM
hujung2 orang yang bekerja nih yang kena cukai tingggi....
Quote VespaSilbe 1-9-2023 02:11 PM
Punyala malas..asyik meminta ja..
Quote jfq 1-9-2023 02:24 PM
Macam negara komunis pulak nak bagi bantuan bulanan
Quote adm7 1-9-2023 02:26 PM
Mungkin salah titik perpuluhan.
Quote shernazz 1-9-2023 02:26 PM
Semua malas keje lah lepas tu
Yang keje..yang gaji rm7k ke atas jelah
Quote allshares 1-9-2023 02:27 PM
Tak ketum, dia ambik ganja. Tu jela pandangan iols mengenai penulis surat ni.
Quote kawahapi 1-9-2023 02:30 PM
Wah banyak cantik muka dia ya?
Quote lo_la 1-9-2023 02:30 PM
Lol! Request minta maki ni.
Nak bantuan berganda dari minimum wage yg orang dok fight tu

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049594 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top