Impian pelakon Talha Harith ingin mendirikan rumah tangga dengan tunangnya tidak kesampaian apabila dia mendakwa wanita itu sudah bernikah dengan lelaki lain. Kecewa dengan apa yang berlaku, Talha atau Talha Amir Harith, 34, berkata segala persiapan untuk hari bahagia itu sudah dibuat namun bekas tunangnya itu memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain.
Kata Talha lagi, sebelum ini dia pernah menegur lelaki yang dipercayai menjadi perosak hubungan mereka, namun teguran yang diberi tidak diendahkan. "Hantaran dah beli, dewan dan tempah... hujung-hujung nikah dengan penyondol yang aku dah pernah sound. "Penyondol itu pula bila tunang orang dah tegur patutnya tone down sikit... ini tidak, wah berlagak ya sebab kita cakap elok-elok tak nak gaduh. "Ajak jumpa tak nak, takut. Tak mengapa kifarah akan mengiringi mereka," katanya. Talha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Talha memberitahu ibu kepada bekas tunangnya juga terkejut apabila mendapat tahu anaknya memilih lelaki lain untuk dijadikan suami. Malah wanita itu menangis selepas dimaklumkan oleh anaknya mengenai perkara itu.
|
anilanil replied at 31-8-2023 02:43 PM
Mana nyer muka jentolak tu? Nengok kat ig photographer nyer semua pengantin rupa marhaen yachh...
timah03 replied at 31-8-2023 03:56 PM
Ala... Kesian la... Bila kena kat laki, tak ada sape backup... Bila kena kan perempuan, ramai2 mengu ...
Suchi replied at 31-8-2023 03:21 PM
Kat ig talhah pun dh ada update gambo2 depa
Pompuan tu bila pakai tudung time menikoh lain plak mu ...
doubleA replied at 31-8-2023 04:31 PM
Sian ko talha kena game dgn ex tunang dan ex kekasih dia. Memang kecewa sebab bukan salah ko. Mak pm ...
ADVERTISEMENT