Anggota kumpulan BTS, Jungkook meluahkan rasa kecewa apabila foto dia bersama rakan selebriti, Min Gyu dan Cha Eun Woo tiba-tiba tular di media sosial. Ketiga-tiga sahabat itu dilaporkan bertemu di sebuah restoran di Busan.
Jungkook berkata, dia kecewa apabila privasinya diceroboh dan peminat tidak menghormati masa peribadinya. "Saya bercadang untuk pergi (bertemu rakan-rakan) secara rahsia tapi sekali lagi, ia dimuat naik dalam talian," luahnya. Jungkook berkongsi kekecewaan itu ketika muncul dalam video siaran langsung di media sosial miliknya baru-baru ini. Sebelum ini Jungkook pernah memberi amaran kepada peminat agar tidak menganggu dia sekiranya terserempak di luar. Sumber: mStar
|
nadie90 replied at 4-9-2023 12:27 PM
Baca kat Twitter katanya budak Vietnam yang kerja part time kat kedai makan tu yang ambik gambar & p ...
weezerfan replied at 1-9-2023 03:00 PM
Laaa biasalah tu.lek lek lah..yang hang hari2 thirst trap masa live tu xpe plak
evlinne replied at 7-9-2023 12:59 PM
Thirst trap apa tu uols
Dia tayang bebird sipi2 ka
ADVERTISEMENT