CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hael Husaini Nak Lancar Album Pertama Tahun Depan

29-8-2023 08:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3558| Komen: 11

Hael Husaini mahu merealisasikan projek album sulung tahun depan, selepas tujuh tahun membina karier sebagai penyanyi solo.

Hael, 36, mengaku mengambil masa panjang untuk menghasilkan album sulung bagi menjadikan produk itu istimewa dan bukan 'tangkap muat'.



"Saya sudah ada lebih 20 lagu tetapi tidak pernah hasilkan album. Insya-Allah, saya akan tampil dengan album solo pertama, tahun depan.

"Mungkin sebelum ini saya tiada persediaan cukup. Album yang bakal dirakam berbeza daripada produk yang pernah saya hasilkan.

"Sepuluh lagu dalam album berkenaan adalah dendangan baharu. Disebabkan itulah, saya namakan album berkenaan, Antonim... Paparan sisi berbeza dari saya," katanya kepada BH Online.

Hael berkata, projek Antonim menyaksikan dirinya bekerjasama dengan komposer hebat. Dia juga mahu melancarkan siri jelajah bagi mempromosikan album berkenaan.


"Saya banyak belajar daripada penyanyi 'senior' dan berpengalaman di mana mereka menjadikan album diterbitkan sebagai penanda aras dan wadah dalam mengekalkan kredibiliti sebagai penyanyi," katanya.


Bertanya sama ada dirinya terbuka menerima maklum balas peminat dengan perbezaan yang bakal ditonjolkan dalam album itu, Hael terbuka dengan komen yang mampu mendewasakan dirinya sebagai artis.

"Sebagai artis, kita kena ambil risiko. Saya mahu mengajar peminat untuk kenali diri ini sebagai artis yang suka hasilkan sesuatu yang baharu dan berbeza," katanya ditemui di acara Kuih Potluck Manis Pahit Bersama anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Balai Berita, Bangsar, hari ini.

Hael berkata, 2024 menjadi tahun bagi dirinya menghasilkan karya terbaik termasuk kolaborasi dengan artis legenda.

"Tahun depan saya akan 'all out'. Jadi, kepada artis yang hendak bekerjasama dengan saya, silakan. Lagu terakhir yang saya cipta untuk penyanyi lain adalah Peluang Kedua dendangan Nabila Razali, kira-kira tiga tahun lalu.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ahsojinjang 29-8-2023 08:52 PM
camne lah muka dari jawa boleh jadi cmni ye..
macam mghina keturunan jawa pulak tak bersyukur. muka jawa lah ensem nampak gagah bukan muka korea lembik heal oii
Quote Kurex 29-8-2023 09:21 PM
Sheols kan pompuan, dekat fb ramai kata muka dia yg sebelum ni ensem kan bagus kalau kekalkan muka sebelum. Kalau pompuan, dia taknak nampak ensem, tapi nampak cantik la acik2 fb
Quote ahsojinjang 29-8-2023 09:28 PM
Kurex: Sheols kan pompuan, dekat fb r ...


tapi nmpak sgt kegayahan dia tu..
then bela anak angkat kunun tu anak dia dgn laki dia lah lol sedih ye prngai
Quote bulalof 30-8-2023 08:01 AM
punya lama menyanyi baru nak keluar 1 album penuh.

mudahnya budak2 skrg. ada single terus adi penyanyi. ilmu hapa pon tarak.
Quote makneng 30-8-2023 09:12 AM
Nak keluarkan album buat je lah takyah berkompang sgt. Sedap mak dengar tak sedap mak swipe jah
Quote prince_marhaen 30-8-2023 09:14 AM
Antonim ke Anonok? Ahahahaha...

Sekadar mengingati wajah heshe yang asal, takut lupa.









Quote laksmanabentan 30-8-2023 09:47 AM
geli ler tengok acik2 kepam beriya nak bergambor... hahahahahaha....

menjadi juga ler kan operate dia... hahahhahahaha...
hilang terus muka jawa
mesti balik raya mak bapa dia binggung ini anak aku ker tak nih...
kulit da tak sama...
muka da tak sama...
hidung da tak sama...

hahahhahahahahhahahaa.....
Quote sleepandream 30-8-2023 01:27 PM
iols rasa penampilan heshe skrg lagi ok dari dulu...
skrg lebih glowing dan wangi
Quote asimilasi 30-8-2023 02:20 PM
iols suka zaman2 lagu jampi... nampak smartttt.... btw tahniah yeee...
Quote gideoncross 30-8-2023 02:29 PM
prince_marhaen replied at 30-8-2023 09:14 AM
Antonim ke Anonok? Ahahahaha...

Sekadar mengingati wajah heshe yang asal, takut lupa.

Skin bleaching, boleh tngok Stray Kids Felix. Msa pre debut, muka totok, dh famous, putih mngalahkan kain putih.
Quote wirazam 30-8-2023 08:30 PM
bulalof replied at 30-8-2023 08:01 AM
punya lama menyanyi baru nak keluar 1 album penuh.

mudahnya budak2 skrg. ada single terus adi penya ...

Kalau ko ada byk album pun...kalau semua lagu tak hit..buat pe kan...trend skrg ko buat lagu single..then promote dan jual..lagi masyukkk
Zmn 80 an boleh la nak beralbum album nih sbb ada kos lebih kalau nak kuarkan kaset atau cd yg ada satu lagu je...zmn skrg era YouTube Spotify segala mala...so aii lebih suka penyanyi keluarkan single tapi kena la setiap tahun kuar lagu baru..penyanyi kena lar produktif dan aktif..
Lagipun..kalau ko bust album, dlm album tuh ada 10-12 lagu...ko sgt2 bernasib baik kalau semua lagu hits..
Mesti ada bbrp lagu yg org dengar sekali je Dan  takkan ulang...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.159699 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top