Puteri Sarah Liyana tetap teguh pendiriannya untuk meneruskan saman terhadap kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena. Sarah yang kini sedang bercuti dengan anak-anak di Indonesia berkata, keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dibuat kerana wanita terbabit masih bercakap buruk mengenai dirinya.
Walaupun tindakan saman dibuat sebelum ini sudah ditarik balik tetapi ia dibuat untuk memberi pengajaran kepada pihak terbabit. "Ingatkan saya hendak datang bercuti di Indonesia dengan aman, namun ramai yang bertanya kepada saya berhubung tindakan undang-undang yang akan diambil ini. "Saman tetap diteruskan, kalau tidak anjing tidak akan berhenti 'menyalak'. Oleh itu, orang seperti ini wajib diberikan pengajaran. "Supaya pendekatan yang saya ambil ini menjadi iktibar, supaya mereka tahu bila hendak berdiam diri dan bila hendak bercakap," katanya di IG Story.
Sarah berkata, kali ini tiada belas kasihan lagi sebaliknya dia akan teruskan dengan keputusan tindakan undang-undang dan menyifatkan Wiwie tidak bersyukur dengan peluang yang diberikan itu. Pada Jun tahun lalu, Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.
|
cm_vungtau replied at 30-8-2023 09:11 AM
Entahla. I geng Toksop. Ko nak tutup mulut sorang, kang sorang lagi berbunyi. Ko anggap macam orang ...
ADVERTISEMENT