CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Minta Isteri Teraniaya Jadi Bijak Dan Bermaruah, Tak Perlu Bersaing Dengan Wanita Lain "Jangan Jadi Bodoh Nak Tunggu"

29-8-2023 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7144| Komen: 72

Puteri Sarah Liyana memberitahu seorang wanita perlu memiliki sikap berdikari dan bukan hanya bergantung harap kepada lelaki.

Katanya wanita juga perlu menjadi bijak dan tahu menilai serta menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.



Foto: IG

"Kerja keras, cari duit sendiri, berdikari, pergi melancong ke seluruh dunia... Jadi wanita yang bijak dan bermaruah. 

"You do you, jangan bergantung dengan orang lain. Awak berhak membuat keputusan, sayangi dan tahu untuk menilai kebaikan diri sendiri," katanya di Insta Story.


Mengulas lanjut mengenai kontroversi Abang Tesla, Puteri Sarah yang pernah hidup bermadu sebelum memutuskan untuk bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof turut berpendapat wanita mempunyai hak untuk mengundurkan diri sekiranya diperlakukan tidak baik oleh pasangan mereka.


"Tak suka angkat kaki, selamat tinggal. Wanita, jangan jadi bodoh nak tunggu.

"Kita ada maruah... Tak perlu nak berlumba-lumba dengan wanita lain. Macam ikan lumba-lumba pula," ujarnya.

Sebelum ini, Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua.



Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina Jamari.

Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Khal mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai.

Menerusi temu bual podcast itu, Abang Tesla secara berseloroh tidak menolak akan berkahwin lagi jika isteri keduanya juga tidak mampu memberinya zuriat.


Bagaimanapun, lelaki berkenaan menjelaskan soal anak bukan punca dia berkahwin dua sebaliknya ada faktor dalaman yang tidak dapat didedahkan kerana bimbang akan membuka aib isteri pertama.

Malah Abang Tesla berkata sejak dirinya berkahwin dua, isteri pertama akan betul-betul memanfaatkan masa bersamanya.


Disebabkan itu, Abang Tesla memberitahu bahawa kedua-dua isterinya kini mahu menunjukkan kepadanya siapa isteri yang terbaik.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 29-8-2023 05:33 PM
Kau buat lah kelab janda2 famous, boleh lah jadi presiden kelab, boleh lah buat sessi menghasut dan lain2 tu...
Quote matjerk 29-8-2023 05:33 PM
Sementara itu, wanita paling teraniaya, meninggalkan komen di IG post Michael Ang, yg berkaitan Abang Tesla.
Screenshot_20230828-215354_Instagram.jpg
Quote CiliPadiSedap 29-8-2023 06:03 PM
dah tu friska perlu tambah madu ke untuk kecapi kebahagiaan berpoligami?
Quote joy_ah 29-8-2023 06:07 PM
org suruh ko jadi adil, perkahwinan tu ptutnya saling melengkapi.bukan melagakan bini2 supaya bini2 buktikan sapa terbaik.
Quote Binodino 29-8-2023 06:15 PM
Sekarang ni first wife si tesla tu dah terima diri dimadukan, dah redha pun. Kenapa yang lain sibuk berkokok? Kau tak boleh terima untuk hidup berpoligami tu kau punya pasal. Tak perlu nak hasut konon women empowerment sangat. Lagipun poligami tu dibenarkan di sisi syarak. Lain orang lain ujiannya. Kau tak mampu nak berpoligami, jangan hasut orang tolak poligami. Kau seronok berpoligami, jangan paksa orang terima poligami.

Suami pun kalau nak sangat berpoligami, make sure kau jalankan tanggungjawab dengan adil. Tak kisah la apa pun alasan kau bagi untuk poligami, sama ada sebab jatuh cinta kali kedua, nak anak, bosan dengan kerenah isteri pertama whatsoever. Sila berlaku adil.

Hati2 bagi komen ya acik2 porem, sebab ni melibatkan hukum.
Quote Binodino 29-8-2023 06:24 PM
Konon je dulu kata boleh terima poligami asal ikut cara. Tapi bila lakibini tesla tu berpoligami ikut cara, first wife terima pun walaupun hati mesti ada rasa sedih pun kau macam nak suruh orang tu angkat kaki. Kalau dulu kau cakap je direct tak boleh terima poligami kan senang, atau duduk diam2 je.

Quote whimsicalmusic 29-8-2023 07:14 PM
matjerk: Sementara itu, wanita paling t ...
cam cibbbsssssss. xhabis lg ye fasa die meroyan ni. nsb xkait nama2 dlm kisah dia
Quote zeetot 29-8-2023 08:00 PM
Binodino replied at 29-8-2023 06:15 PM
Sekarang ni first wife si tesla tu dah terima diri dimadukan, dah redha pun. Kenapa yang lain sibuk  ...

Sebab video tu memalukan isteri pertama.

Siap cakap takde spark dah sebab kapel since sekolah.
Quote kalchi 29-8-2023 08:18 PM
Sarah kene stop post psl ni kt social media. I paham dia terluka dan benda tu bukan skejap nak lupa, tapi coretan dia tu bukan sorg dua baca, satu mesia akan baca.
Quote lattehazelnut 29-8-2023 08:23 PM
Binodino replied at 29-8-2023 06:15 PM
Sekarang ni first wife si tesla tu dah terima diri dimadukan, dah redha pun. Kenapa yang lain sibuk  ...


Kalau suami bodo dia xkeluarkan statement mengundang xde sape kisah  nak berbini empat, kawin cerai etc..
Dah laki dia hadap sgt nak viewer n viral..
Haruslah discuss satu malaya..
Quote noor2 29-8-2023 08:24 PM
Besarnya peha PS ni...
Quote chandrahusin 29-8-2023 08:49 PM
Edited by chandrahusin at 30-8-2023 10:01 AM
noor2 replied at 29-8-2023 08:24 PM
Besarnya peha PS ni...


Haha
Komen di luar context sgt
Kena plk ai skrol balik ke atas tengok balik
Quote Opheliaophelia 29-8-2023 08:59 PM
Dah napak acik2 sangat dah now. Rupa, kata-kata dan cara bercakap. Dah dah lah. Malu pulak tengok dia sendiri tengah rasa n kena tell the world dia hebat sekarang. Let success make the noise.
Quote Binodino 29-8-2023 10:05 PM
zeetot replied at 29-8-2023 08:00 PM
Sebab video tu memalukan isteri pertama.

Siap cakap takde spark dah sebab kapel since sekolah.

Tapi first wife terima je keputusan si tesla tu kan? Dia dah redha dimadukan, so orang luar tak perlu berbunyi pun. Dia stay dalam marriage tu walaupun lakinya kata dah takde spark, jangan la kata dia tu submissive atau lemah. Boleh jadi dia stay dalam marriage tu sebab nak cari redha Allah, bukan redha makhluk. Dia nak cari cinta Allah, bukan cinta makhluk yang semua sedia maklum akan pudar.

Gitu mode ustazah di malam hari.
Quote Binodino 29-8-2023 10:12 PM
lattehazelnut replied at 29-8-2023 08:23 PM
Kalau suami bodo dia xkeluarkan statement mengundang xde sape kisah  nak berbini empat, kawin cera ...

Tu lah bahana semua benda nak dirakam & diupload ke medsos demi secebis content. Habis terbuka ruang untuk sesi pencercaan. So si tesla tu selayaknya la dicerca sebab jadikan hal lakibini sebagai content.

Tapi janganlah buat post macam nak hasut first wife tu suruh dia mintak cerai, terpaling women empowerment sangat sebab first wife tu dah decide to stay in the marriage. Dengarnya first wife pun nak apply for harta sepencarian. Baguslah macam tu sebab dia pun tahu hak dia.
Quote malaysiaku123 29-8-2023 11:07 PM
Dalam kes nikah cerai madu semua ni I respect betul2 kak adibah ex madu miera liyana tu..
Baik betul akhlak dia.
Moga Allah akan darjat dia.tiada yg xelok lgsg keluar dr mulut dia sedangkan hampir 30 tahun kahwin n diceraikan hanya sebab penyondol
Quote Manusiabesa 29-8-2023 11:29 PM
Tp ada beza sikit abg tesla dgn sol. Abg tesla lebih kpd bodoh berbicara tp stiap hari dia lgkap kan nfkh zahir batin bini 1st. Dia x bg 2nd tu ganggu mental bini 1st. Yg 2nd tu pun xboleh loud, nth diam p menyorok kt mana skrg. Mcm adira sedar diri dh ambik laki org so dia byk berdikari. Tp mcm sol, dia mcm ignore stiap kali faghirah, atau kakak2 faghirah, atau ayah faghirah, atau bekas kak ipar faghirah, geng2 tu angkot team attack ps. Mmg ps koyak la wei. Sol mmbatu mcm tugu a famosa xbuat apa2 utk protect ps lgsg masa ps wife dia dulu. X berapa sama jugak stuasti majdina dgn ps.
Quote kaedahnya 29-8-2023 11:32 PM
ni la kot orang panggil mom jeans
Quote awex^returns 30-8-2023 01:15 AM
Manusiabesa replied at 29-8-2023 11:29 PM
Tp ada beza sikit abg tesla dgn sol. Abg tesla lebih kpd bodoh berbicara tp stiap hari dia lgkap kan ...

Sol dah termakan Sotong Kangkang Kurang Zat Ira Kahaks gamaknya kih kih kih

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.071235 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top