CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Nombor 2 Obesiti Kanak-Kanak, Remaja

29-8-2023 04:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2030| Komen: 17

Kuching: Malaysia menduduki tempat kedua tertinggi bagi obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Asia Tenggara.

Data itu dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bimbang kerana ia menunjukkan trend yang semakin meningkat dalam kelaziman berat badan berlebihan, obesiti dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.


Gambar hiasan

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan peningkatan prevalen berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun daripada 24.6 peratus pada 2012 kepada 30.5 peratus pada 2022.

“Kanak-kanak yang berlebihan berat badan atau obes berisiko menghidap penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan seperti diabetes dan hipertensi apabila dewasa,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Projek Intervensi C-Hat di Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuching di sini hari ini.

Mengenai program berkenaan, Lukanisman berkata ia adalah salah satu aktiviti yang diluluskan dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Pemakanan di bawah Strategi 5 yang menyokong program atau intervensi pemakanan berasaskan komuniti dan inovasi penyelidikan untuk meluaskan jangkauan dan memaksimumkan impak pemakanan.

“Ia berpandukan model intervensi komprehensif yang merangkumi pemakanan, aktiviti fizikal, dan senaman, kesihatan mental dan komponen psikologi.

“Sebanyak 49 sekolah di 10 negeri melibatkan kira-kira 2,427 pelajar akan menyertai program intervensi ini,” ujarnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Kementerian Pendidikan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melancarkan Program Intervensi Sekolah C-HAT di seluruh negara.

C-HAT adalah singkatan kepada ‘Cara Hidup Anda Terbaik’, yang merupakan satu inisiatif untuk menangani isu obesiti dalam kalangan pelajar sekolah.

Program ini sedang dilaksanakan dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bnagsa Bersatu (UNICEF).

Beliau juga berkata program itu bertujuan bagi mencontohi kejayaan Program Smart Fit Weight Management yang dilaksanakan di beberapa sekolah di Perak dan Pulau Pinang serta Program Kurang Obesiti di Johor.

“Saya menaruh harapan besar agar program ini berjalan lancar, mencapai objektif yang digariskan dan akhirnya membawa impak yang boleh kita semua banggakan.

“Saya juga berharap semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang sepadu dan sokongan padu bagi pelaksanaan program ini.

“Kerjasama padu antara KKM, KPM, pengetua sekolah, guru, PIBG dan ibu bapa adalah penting dalam menentukan kejayaan program intervensi ini,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 29-8-2023 04:37 PM
Mana x obesnya..mkn pisang goreng dgn cheese..keropok lekor dgn cheese...pisang goreng dgn coklat..minum pula boba tea..entah brp byk kalori....pastu guna cheese melimpah ruah jenis cheese murah yg x tahu.apa bahan letak dlm tu
.baiklah kenalkan mknan tradisi yg sihat sikit..bkm takde alternatif...ada je
Quote AkokKocik 29-8-2023 04:37 PM
Edited by AkokKocik at 29-8-2023 04:39 PM

Betul tu, ada haritu aku pergi klinik gg d utc, aku dduk luar, aku tgk org lalu lalang depan aku byk yg obes...tengok muka, dlm umur 12-16 tahun tp gundunya mcm badan mak 10 anak, dahlah waktu berjalan tu nampak mcm melantun2 je lemak di badan tp diorg mcm sronok org tgk diorg berjalan.
Quote dua_chzy 29-8-2023 04:40 PM
Yang penting bukan anak aku.
Quote dua_chzy 29-8-2023 04:41 PM
Edited by dua_chzy at 29-8-2023 08:48 AM
jas7512 replied at 29-8-2023 08:37 AM
Mana x obesnya..mkn pisang goreng dgn cheese..keropok lekor dgn cheese...pisang goreng dgn coklat..m ...


Cheese original import mahal takda yang hada cop halal di Malaysia ni.
Quote jas7512 29-8-2023 04:44 PM
dua_chzy replied at 29-8-2023 04:41 PM
Cheese original mahal takda yang hada cop halal di Malaysia ni.

Alternatif x pyhlah nak masukkan cheese..mkn je lah pisang goreng gitu je dgn sambal kicap kan lg sedap..mknan asia especially nusantara ni lg sdp dr mknan barat atau korea tu
Quote CikYaYaYa 1-9-2023 09:50 PM
Mana xobes budak2 tu. Mak pak zaman sekarang duk suap MCD laa KFC laaa kat budak2 tu.
Quote juboqhang 2-9-2023 08:00 AM
Mak bapak pun tak pantau..mcm beruang kutub....how?
Quote green~tea 2-9-2023 08:22 AM
CikYaYaYa replied at 1-9-2023 09:50 PM
Mana xobes budak2 tu. Mak pak zaman sekarang duk suap MCD laa KFC laaa kat budak2 tu.

Pass sumbat fast food, kasi gadget ... mmg gendut leee bebudak
Quote CatMiow 3-9-2023 12:34 AM
Makan kenyang-kenyang, motto mak-mak kat Malaysia ni.
Quote Atata 3-9-2023 12:47 AM
AkokKocik replied at 29-8-2023 04:37 PM
Betul tu, ada haritu aku pergi klinik gg d utc, aku dduk luar, aku tgk org lalu lalang depan aku byk ...

Kan?kenapa kita kat malaysia ni pompuan dia mostly gundu2.. Aritu jalan kat KLCC. Perhatikan orang2 jln2 kat sana. Yg local semua mokkk. Yang slim melim semua mesti tourism. Heran betul. Hmmmm
Quote B40tastePosh 3-9-2023 02:50 AM
jas7512 replied at 29-8-2023 04:37 PM
Mana x obesnya..mkn pisang goreng dgn cheese..keropok lekor dgn cheese...pisang goreng dgn coklat..m ...


Cheese Leleh tu memang makanan dah macam makanan ruji Melayu even diorg tak reti pun buat cheese.

Lepas makan segala mak nenek Cheese diorg main tiktok dan ML tanpa rasa bersalah pada nenek moyang diorng yang terdampar di Tanah Sakai.
Quote B40tastePosh 3-9-2023 02:51 AM
Edited by B40tastePosh at 3-9-2023 02:53 AM
Atata replied at 3-9-2023 12:47 AM
Kan?kenapa kita kat malaysia ni pompuan dia mostly gundu2.. Aritu jalan kat KLCC. Perhatikan orang ...


Ada orang Indonesia tu kata orang Malaysia tak berpantang sooo badan Masuk angin.....soooo laki diorang cari perempuan Indon yang tak masuk angin lagi.

Sooo what do you think?? Is it true or coincident?
Quote nw111 3-9-2023 04:05 AM
juboqhang replied at 2-9-2023 08:00 AM
Mak bapak pun tak pantau..mcm beruang kutub....how?

Mak pak pun sama gundu...how?
Quote nw111 3-9-2023 04:10 AM
Jap...cam x caye je msia no 2...patut no 1
Negara mana yg berani sgt kalahkan msia tu
Quote noor2 3-9-2023 06:05 AM
Nanti rakyat Malaysia paling gemok no 1 di dunia...tgk mkanan local yg masakan campur gula, pak aji dan aneka serbuk perasa dan makanan western especially fast food meriah kat Malaysia ni.
Quote Nurdianah 3-9-2023 07:29 PM
Parents suka process food...berlemak bergula bagai anak2 tak diajar exercise...sumbat mekdi fast food selagi boleh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.088539 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top