CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

14 Pelajar Trauma, Guru Cukur Kepala Sebab Enggan Pakai Anak Tudung

29-8-2023 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2360| Komen: 11

JAKARTA – Seorang guru di sebuah sekolah awam di Indonesia mencetuskan kontroversi selepaa bertindak mencukur kepala 14 pelajar perempuan kerana tidak memakai tudung dengan sempurna.

Wion News melaporkan, insiden itu berlaku di sebuah sekolah menengah, SMPN 1 Lamongan, dalam wilayah Jawa Timur.


Seorang guru yang identitinya tidak didedahkan dilaporkan mencukur kepala 14 pelajar tersebut pada Rabu lepas.

Foto: Wion News

Menurut pengetua sekolah berkenaan, Harto, pihak sekolah telah membuat permohonan maaf dan menggantung tugas guru tersebut.

Harto memberitahu agensi berita AFP bahawa tiada kewajipan rasmi untuk pelajar perempuan memakai tudung di sekolah, namun mereka digalakkan memakai anak tudung supaya kelihatan lebih kemas.

Pelajar-pelajar terlibat bagaimanapun dikatakan enggan menuruti saranan tersebut yang menyebabkan anak rambut mereka dapat dilihat.


Susulan kejadian itu, pihak sekolah telah mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan waris pelajar terlibat serta mencapai persetujuan bersama.

Sekolah berkenaan turut berjanji untuk menyediakan bantuan psikologi ke atas para pelajar berkenaan bagi membantu mereka menangani trauma daripada kejadian tersebut.

Kes berkenaan menerima kritikan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia yang turut menggesa agar guru tersebut dilucutkan daripada jawatannya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WiRa_MiSTiK 29-8-2023 04:20 PM
Tida bule itu mcm... Extremis
Quote noor2 29-8-2023 04:22 PM
Aku antara yg x pernah pakai anak tudung...x reti aku nk pakai..lagi satu rasa pekak telinga pakai anak tudung...
Quote sukacactus 29-8-2023 04:27 PM
Waaaa...melampaunya cikgu tu!
Cukur kepala cikgu tu balik
Skali dgn pakej brazillian wax skali haaa gituu!
Quote mis_j_alexanda 29-8-2023 05:23 PM
Rambut friska kena cukur skl x
Quote Miss.Rara 29-8-2023 06:01 PM
aku pun dari skool pakai tudung x pernah pakai anak tudung.. kepala dan tinger macam kena tekan bila pakai
Quote makita 29-8-2023 06:09 PM
Masa meols form 1 kene pegi kelas lain gabung dgn student lain utk subjek agama Islam. Masuk2 je tgok semua org berdiri dan sazah komen setiap kali budak pompuan sorg2 yg msuk kelas. Bila meols msuk n bg salam sazah tu diam je. Patu ada bdk pompuan lain msuk sazah tu kata ni nampak puting ni!

Meols mcm puting apa pulak sazah ni bising2 dan bdk lelaki gelak2. Masuk sorg lgi bdk pompuan, sazah tu kata ha ni nampak puting!

Eh bodoh la sazah ni. Rupanya dia sound tudung tak tutup dada bagi bdk pompuan yg ada breast besar. Ni duk sebut puting-puting meols igt bdk2 ni kantoi bawak puting adik dari rumah. Aneh perkataan puting tu bagi meols dlm situasi dlm kelas sampai tak leh tangkap maksudnya.

Tapi malu la sbb bdk lelaki gelak2 kan setiap kali bdk pompuan ni kene sound puting2. Mohon sazah mereput lah sbb malukan student pomluan depan student lelaki.
Quote Lagubestbest 2-9-2023 03:33 PM
noor2: Aku antara yg x pernah pakai anak tudung...x reti aku nk pakai..lagi satu rasa pekak telinga pakai anak tudung...


sekarang ada anak tudung siap boleh tarik kulit muka nenek2 bg nampak tegang.
Quote mejaputih 2-9-2023 06:55 PM
Kes ni si friska takde komen pula..bila jadi kat negara dia senyap je xde komen..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042080 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top