CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Rakaman Suara 30 Minit Terakhir Pesawat Tragedi Elmina Berjaya Diperoleh'

29-8-2023 04:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5521| Komen: 48

Putrajaya: Rakaman suara 30 minit dalam komponen 'memory puck' pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, berjaya diekstrak di makmal di Florida, Amerika Syarikat (AS) semalam.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata hasil daripada ekstrak itu, Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berhasil mendapatkan rakaman suara yang jelas serta berada dalam keadaan baik.

Kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina pada 17 Ogos lalu, ditemui dalam keadaan hangus terbakar. Foto ihsan MOT

"Mengenai nahas pesawat di Elmina, semalam, dibantu jurutera di sana (Florida) membantu mendapatkan data, dan hasilnya data itu berjaya diekstrak daripada 'memory puck'.

"Jadi, semua rakaman suara dalam pesawat terutama 30 minit terakhir sebelum sehingga nahas itu berlaku, berjaya dimuat turun," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Loke sebelum ini dilaporkan berkata, data rakaman suara yang berada dalam komponen 'memory puck' pesawat malang itu, akan diekstrak di makmal dekat Florida, AS selepas gagal berbuat demikian menerusi bantuan makmal teknikal di Singapura.

Pasukan BSKU kemudiannya berlepas ke Florida bagi mendapatkan bantuan mengekstrak data daripada pengilang peralatan asal (OEM) yang mengeluarkan kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat terbabit iaitu syarikat L3Harris.

Loke sebelum ini dilaporkan berkata, data rakaman suara yang berada dalam komponen 'memory puck' pesawat malang itu, akan diekstrak di makmal dekat Florida, AS selepas gagal berbuat demikian menerusi bantuan makmal teknikal di Singapura.

Pasukan BSKU kemudiannya berlepas ke Florida bagi mendapatkan bantuan mengekstrak data daripada pengilang peralatan asal (OEM) yang mengeluarkan kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat terbabit iaitu syarikat L3Harris.

Loke berkata, rakaman suara itu sudah dihantar semula ke Malaysia dan kini sedang dianalisis oleh pasukan BSKU di ibu negara.

Bagaimanapun, katanya rakaman suara itu dihantar pulang ke Malaysia menerusi emel kerana pasukan BSKU di sana tidak dapat berlepas pulang disebabkan taufan yang sedang melanda Florida.

"Pasukan (BSKU) berdepan kesukaran untuk pulang ke Malaysia kerana ketika ini berlaku taufan di Florida, jadi mereka masih berada di sana dan sepatutnya mereka berlepas pulang selepas data diekstrak tetapi mereka tidak boleh berbuat demikian.

"Namun data itu sudah dihantar pulang menerusi sistem email yang selamat dan kita sudah memiliki rakaman suara terbabit di Malaysia, walaupun ia tidak dibawa pulang secara fizikal," katanya.

Beliau berkata, langkah seterusnya selepas mendapatkan data terbabit ialah melakukan analisis dan menghasilkan transkrip daripada rakaman suara berkenaan.

Sehubungan itu, pihaknya menjangkakan laporan awal berhubung nahas pesawat terbabit dapat dikeluarkan dan dipaparkan di laman sesawang Kementerian Pengangkutan kira-kira dua minggu lagi.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syamzana 29-8-2023 04:10 PM
"Sehubungan itu, pihaknya menjangkakan laporan awal berhubung nahas pesawat terbabit dapat dikeluarkan dan dipaparkan di laman sesawang Kementerian Pengangkutan kira-kira dua minggu lagi"

maksudnya kita blh dgr la kan?
Quote sharlenetexas 29-8-2023 04:11 PM
Syukurlah dapat jugak ekstrak.


Quote mawarika 29-8-2023 04:12 PM
Nak dgr boleh?
Quote white_musk 29-8-2023 04:14 PM
mawarika replied at 29-8-2023 04:12 PM
Nak dgr boleh?

Sebab tak boleh dikk
Quote mawarika 29-8-2023 04:19 PM
white_musk replied at 29-8-2023 04:14 PM
Sebab tak boleh dikk

Quote airfilterkotor 29-8-2023 04:20 PM
syamzana replied at 29-8-2023 04:10 PM
"Sehubungan itu, pihaknya menjangkakan laporan awal berhubung nahas pesawat terbabit dapat dikeluark ...

Dia kata laporan, bukan rakaman suara.
Quote manehnya 29-8-2023 04:27 PM
harap ada yg leak
Quote syamzana 29-8-2023 04:32 PM
airfilterkotor replied at 29-8-2023 04:20 PM
Dia kata laporan, bukan rakaman suara.

aah laa
Quote She-Ra 29-8-2023 05:29 PM
tak sabar pulak rasanya nk baca laporan...
Quote Decaffeinated 29-8-2023 08:22 PM
Kenapa dia perlu mention tak bawa balik secara fizikal. Takut ada orang tak percaya ka?
Quote Decaffeinated 29-8-2023 08:23 PM
syamzana replied at 29-8-2023 04:10 PM
"Sehubungan itu, pihaknya menjangkakan laporan awal berhubung nahas pesawat terbabit dapat dikeluark ..

maksudnya kita blh dgr la kan?
.


Baca pelan2 dek...
Quote ina_na 29-8-2023 08:29 PM
Nak dgr gak Kalo boleh rakaman ni...
Quote syamzana 29-8-2023 08:34 PM
Decaffeinated replied at 29-8-2023 08:23 PM
Baca pelan2 dek...

sexcited sistahh
Quote CiliPadiSedap 29-8-2023 08:48 PM
kalau 30 minit mungkin berada di area perak/pahang.
Quote tumpanglalu74 29-8-2023 08:52 PM
Edited by tumpanglalu74 at 29-8-2023 08:54 PM

21_1500x1000_2_9a754b21365195360f22cd2f10becb0de69231e3.jpg
n28jv_8aec48b67ecd4c6a8467cd10e7f2865b6eb041a3.jpg
screen_shot_2023_08_20_at_07_33_18__479b0dfd97ff2646196a8f3f38aefcdf3f0bfc09.jpg
screen_shot_2023_08_19_at_07_38_29__12247ce89ccbd2e9c598a3ae7da3743709ad1c1b.jpg
screen_shot_2023_08_19_at_07_38_59__34acdd483a149cc7100f87c2b16ced11c42f6fe0.jpg

Kat sini pilot punye forum:
https://www.pprune.org/accidents ... -rwy-15-wmsa-2.html
Quote t_hahahaha 29-8-2023 08:59 PM
teknikal sgt bahasa depa..
Quote kelana36 29-8-2023 09:46 PM
tumpanglalu74 replied at 29-8-2023 04:52 PM
Kat sini pilot punye forum:
https://www.pprune.org/accidents-close-calls/654275-beech-premier- ...

Dia orang tak tau yang ILS ( Instrument Landing System) kat SZB tu dah bertahun tak ada. The only approach aid available hanyalah NDB and GPS approach ( non precision approach)

Last saturday I flew dari LGK ke SZB ikut exactly dia punya routing, kalau dia ikut descend profile yang sepatutnya, semasa dia started to banked to the right tu height dia hanya 1000 feet jer. Not much room available for recovery from any upset.
Quote tumpanglalu74 29-8-2023 09:59 PM
kelana36 replied at 29-8-2023 09:46 PM
Dia orang tak tau yang ILS ( Instrument Landing System) kat SZB tu dah bertahun tak ada. The only  ...

Yayyy Kapitan Kelana indahauzzz!

Yang takde teriak mayday2 tu kenape pulak kapten?
Quote B40tastePosh 29-8-2023 10:04 PM
CiliPadiSedap replied at 29-8-2023 08:48 PM
kalau 30 minit mungkin berada di area perak/pahang.

Kaka ada kelulusan macam MB Terengganu ke untuk berspekuan?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065359 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top