Ada segelintir pihak yang kurang senang dengan golongan yang sentiasa ‘up to date’, sering membeli telefon model terbaharu. “Memang setiap tahun beli iPhone baharu? Tak gila ke?” tulis seorang netizen di ruangan komen.
Menerusi satu ciapan di laman X (dulu Twitter), tangkap layar komen tersebut dimuat naik bagi mengupas isu ini yang sering mencetuskan perdebatan hangat. Menurutnya, pembelian telefon dipengaruhi minat masing-masing asalkan ia tidak membebankan pemiliknya dengan berhutang atau membuat pinjaman. “Minat orang unik, setiap orang berbeza. Asalkan tidak berhutang, bergolok-bergadai, tak salah pun. Takkan saya kena ikut minat anda bukan? “Jika anda meminati kereta, adakah saya perlu meminati kereta?” ujarnya menerusi ciapan di Twitter @XavierNaxa. Selain minat, jelasnya, pembelian telefon turut dipengaruhi oleh minda golongan ‘baik beli’ memujuk diri untuk memiliki model baharu.
“Ada yang mempertikaikan keputusan orang membeli iPhone. Katanya lebih baik melancong, mengapa paksa orang meminati perkara yang bukan dalam minatnya. “Saya akui minat perlu berpada-pada selagi mereka atau saya mampu. Mengapa perlu pertikai? Ada kawan beli ‘sport rim’ sampai RM8,000. Adakah saya perlu mempertikai minatnya? “Adakah saya perlu katakan ‘baik beli iPhone’? Sudah tentu tidak, bukan? Maka hargai minat orang. Setiap orang punya minat masing-masing. “Orang kaya guna telefon sampai rosak sebab bukan minat mereka. Mereka juga mungkin suka kumpul kereta, barang mewah dan lain-lain. Tapi orang lain sebaliknya” jelasnya lagi. Di ruangan komen, rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan mempertikaikan seseorang itu membeli telefon pintar setiap tahun. “Kenapa kena sibuk hal orang? Biarlah orang nak buat apa yang dia suka. Semua orang ada citarasa, minat dan hobi sendiri. Jangan kacau hidup orang. "Hak masing-masing. Paling penting ukur baju di badan sendiri... keperluan dan kehendak. Fikir-fikirkanlah,” antara komen netizen. Terdahulu, mStar melaporkan segelintir individu sanggup berhutang demi mengejar gaya hidup yang diimpikan. Menerusi satu perkongsian di Twitter, terdapat seorang pembeli yang membuat pinjaman sehingga RM4,099 semata-mata untuk mendapatkan iPhone 11, 128GB. Bagaimanapun, dia merungut kerana terpaksa membayar ansuran sebanyak RM165 selama 36 bulan. -CARI Sumber: mStar
|
apalancut replied at 29-8-2023 09:09 AM
beli pon installment. yang penting.. masa angkat phone nak selfie.. orang nampak phone ada 3 mata. i ...
Kangkung1M replied at 29-8-2023 09:16 AM
Haha ye, 3 mata tu yg penting, kena tunjuk kat orang.
faraway1 replied at 29-8-2023 10:19 AM
Hahhahha buat tetiba jatuh dari poket , mau melaung agaknya
ADVERTISEMENT