Oleh : Dean BZ Bunyinya agak pelik dan meloyakan, namun itulah hakikatnya. Ibu tunggal kepada dua anak dan juga bekas model popular, Tracy Kiss, mengejutkan dunia kosmetik apabila dia memuat naik satu tutorial cara merawat muka dengan rawatan semen facial di laman Youtube pada 10 November 2015. Video berdurasi selama 19:48saat itu mula menjadi viral di laman sosial.
Video tutorial rawatan muka menggunakan air mani. Kata Tracy yang mempunyai lebih dari 150ribu follower, rawatan menggunakan air mani ini merupakan "rahsia besar" yang membuatkan kulit mukanya sentiasa lembut, tegang dan kekal sihat. Wanita berusia 28 tahun dari Wendover, Bucks itu berminat untuk membantu orang lain supaya mencuba rawatan ini. Dia menerangkan khasiat air mani serta menunjukkan cara bagaimana untuk meletakkannya di muka. Dia turut menjelaskan bagaimana dia mendapat stok air mani setiap hari dari seorang rakan, yang akan membekalkan kepadanya di dalam satu bekas bersih untuk dibawa pulang. "Saya tidak terlibat dalam pengekstrakan air mani". "Saya fikir ramai orang kisah untuk meletakkan air mani di wajah mereka, tetapi ia adalah satu perkara yang sangat semulajadi dan perkara yang sangat sihat untuk dilakukan". katanya. Tidak diketahui pula sejauh mana keberkesanan facial simen ini, namun disini penulis ingin berkongsi sedikit fakta dan khasiat air mani yang diakui oleh pakar-pakar perubatan seluruh dunia. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik dari wanita bujang. Kulit isteri akan lebih lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Antara khasiat lain : * Rambut wanita semakin hitam dan berkilat. * Mengurangkan jerawat. * Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira. *Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi. Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng. *Air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani. Namun persoalannya, jika suatu hari nanti air mani dipasarkan sebagai produk kosmetik yang terbukti dapat mengekalkan kecantikan kulit muka, adakah anda sanggup memakainya? - CARI Infonet. Sumber : www.mirror.co.uk *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
|
24
Bagus |
15
Marah |
25
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spiderman80 replied at 17-11-2015 06:48 PM
Tak melekit ke?
tubikmasok replied at 17-11-2015 07:17 PM
mestilah melekit...siap bau lagi
HannahMontana replied at 17-11-2015 08:56 PM
aku dengar air mani mmg hebat dibuat facial
kpd yg dah kahwin yg glow dari hari pertama kahwin sa ...
HannahMontana replied at 17-11-2015 08:56 PM
aku dengar air mani mmg hebat dibuat facial
kpd yg dah kahwin yg glow dari hari pertama kahwin sa ...
HannahMontana replied at 17-11-2015 08:56 PM
aku dengar air mani mmg hebat dibuat facial
kpd yg dah kahwin yg glow dari hari pertama kahwin sa ...
boyagombak: Petua ni dh bertahun2 dh diwarwarkan.Pernah cuba kekdah ni slps mimpi basah waktu muda2 dulu. So skrg pun nmpk masih muda.
ADVERTISEMENT