Kabul: Kerajaan Taliban melarang wanita melawat Taman Negara Band-e-Amir di wilayah Bamiyan. Pemangku Menteri Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, Mohammad Khaled Hanafi, menyeru ulama dan agensi keselamatan supaya melarang wanita masuk ke taman negara itu sehingga ada penyelesaian berhubung perkara berkenaan.
Band-e-Amir ialah tarikan pelancong yang penting, menjadi taman negara pertama Afghanistan pada 2009. Ia adalah destinasi popular untuk keluarga, dan larangan terhadap wanita itu akan menghalang ramai orang daripada menikmati keindahan taman negara berkenaan. Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) menyifatkan taman itu sebagai "kumpulan tasik semula jadi dengan formasi dan struktur geologi khas, serta keindahan semula jadi dan unik". Bagaimanapun, Hanafi berkata, pergi ke taman itu untuk bersiar-siar adalah "tidak wajib", lapor Tolo News.
Ulama agama di Bamiyan berkata, wanita yang tidak mematuhi peraturan di taman itu adalah pelawat ke kawasan berkenaan. "Terdapat aduan mengenai pemakaian hijab yang tidak mengikut peraturan dan ini bukan penduduk Bamiyan. Mereka datang ke sini dari tempat lain," Sayed Nasrullah Waezi, ketua Majlis Ulama Syiah Bamiyan memberitahu Tolo News. Taliban mempunyai sejarah melaksanakan dalam larangan ke atas wanita untuk melakukan aktiviti tertentu, atas perkara yang ditegaskan sebagai sementara, termasuk menghalang mereka daripada menghadiri sekolah pada Disember 2022. Larangan melawat Taman Negara Band-E-Amir adalah yang terbaru dalam senarai panjang aktiviti yang dihalang terhadap wanita sejak Taliban kembali berkuasa di negara itu pada Ogos 2021. Sebelum ini, Taliban mengarahkan salun rambut dan kecantikan di Afghanistan ditutup, dan pada pertengahan Julai, menghalang wanita daripada menduduki peperiksaan kemasukan universiti kebangsaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
prince_marhaen replied at 29-8-2023 11:00 AM
terpaling halang semua benda, hujung2 kongkek budak lelaki buat toy boy macam pakistan..
mamajawie replied at 29-8-2023 11:55 AM
siyes la weyh??anat tol betul2 penonggeng agama
prince_marhaen replied at 29-8-2023 12:02 PM
Ye, google 'bacha bazi'.
Diorang ni culik budak2 laki miskin, then train jadi penghibur laki laki t ...
ADVERTISEMENT