CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3759|Reply: 8

Taliban Larang Wanita Melawat Taman Negara Band-E-Amir, Alasannya Bersia-Siar Tak Wajib

[Copy link]
Post time 29-8-2023 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Kabul: Kerajaan Taliban melarang wanita melawat Taman Negara Band-e-Amir di wilayah Bamiyan.


Pemangku Menteri Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, Mohammad Khaled Hanafi, menyeru ulama dan agensi keselamatan supaya melarang wanita masuk ke taman negara itu sehingga ada penyelesaian berhubung perkara berkenaan.


Band-e-Amir ialah tarikan pelancong yang penting, menjadi taman negara pertama Afghanistan pada 2009.


Foto: AFP




Ia adalah destinasi popular untuk keluarga, dan larangan terhadap wanita itu akan menghalang ramai orang daripada menikmati keindahan taman negara berkenaan.


Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) menyifatkan taman itu sebagai "kumpulan tasik semula jadi dengan formasi dan struktur geologi khas, serta keindahan semula jadi dan unik".


Bagaimanapun, Hanafi berkata, pergi ke taman itu untuk bersiar-siar adalah "tidak wajib", lapor Tolo News.


Ulama agama di Bamiyan berkata, wanita yang tidak mematuhi peraturan di taman itu adalah pelawat ke kawasan berkenaan.


"Terdapat aduan mengenai pemakaian hijab yang tidak mengikut peraturan dan ini bukan penduduk Bamiyan. Mereka datang ke sini dari tempat lain," Sayed Nasrullah Waezi, ketua Majlis Ulama Syiah Bamiyan memberitahu Tolo News.


Taliban mempunyai sejarah melaksanakan dalam larangan ke atas wanita untuk melakukan aktiviti tertentu, atas perkara yang ditegaskan sebagai sementara, termasuk menghalang mereka daripada menghadiri sekolah pada Disember 2022.


Larangan melawat Taman Negara Band-E-Amir adalah yang terbaru dalam senarai panjang aktiviti yang dihalang terhadap wanita sejak Taliban kembali berkuasa di negara itu pada Ogos 2021.


Sebelum ini, Taliban mengarahkan salun rambut dan kecantikan di Afghanistan ditutup, dan pada pertengahan Julai, menghalang wanita daripada menduduki peperiksaan kemasukan universiti kebangsaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 11:00 AM | Show all posts
terpaling halang semua benda, hujung2 kongkek budak lelaki buat toy boy macam pakistan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 11:29 AM | Show all posts
Negara terpaling haram itu ini. Hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 11:55 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 29-8-2023 11:00 AM
terpaling halang semua benda, hujung2 kongkek budak lelaki buat toy boy macam pakistan..

siyes la weyh??anat tol betul2 penonggeng agama

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 12:02 PM | Show all posts
mamajawie replied at 29-8-2023 11:55 AM
siyes la weyh??anat tol betul2 penonggeng agama

Ye, google 'bacha bazi'.
Diorang ni culik budak2 laki miskin, then train jadi penghibur laki laki tua yang kaya, jadikan toy boy, siap boleh sewakan kat kawan2 lain lagi...
Pada diorang, pompuan itu dosa, main ngan pompuan itu dosa, tengok pompuan dosa, kecuali kawin, so diorg ganti dengan budak laki jambu-jambu, siap pakaikan baju pompuan lagi, merahkan pipi... napsu diorang lagi teruk drpd negara terbuka...

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 02:29 PM | Show all posts
Edited by MrsThinker at 29-8-2023 02:33 PM

macam ni sy pun boleh mogok

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 29-8-2023 03:14 PM

Negara pujaan ummah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 04:08 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 29-8-2023 12:02 PM
Ye, google 'bacha bazi'.
Diorang ni culik budak2 laki miskin, then train jadi penghibur laki laki t ...

iollss da google da..tak sanggup nk google lagi mendalam..dasar setan punya taliban..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kasihan perempuan yang lahir di sana..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.423125 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list