Bangkok: Sejak ganja dibenarkan penggunaannya di Thailand pada 2022, industri ganja di negara itu semakin mendapat permintaan dan secara langsung menyebabkan bilangan pelancong meningkat.
Dispensari menjual ganja juga berlipat ganda jumlahnya sejak kerajaan melonggarkan undang-undang berkaitan ganja pada 2022. Malah, ramai yang turut mengambil kesempatan daripada kelonggaran peraturan berkenaan untuk menjual ganja yang diimport secara haram dari Kanada atau Amerika Syarikat (AS) kepada pelancong. Baru-baru ini, sebuah kedai dilihat mengiklankan tawaran produk seperti kek aiskrim dan biskut lemon yang mempunyai bahan ganja dalam makanan berkenaan, yang disifatkan terbaik dari California. Justeru, pengusaha ganja tempatan menggesa kerajaan memberi sokongan untuk membangunkan potensi sektor itu dalam negara bagi memenuhi permintaan semasa yang terus meningkat.
Sehubungan itu, pakar industri ganja berkata kedai seumpamanya mungkin terpaksa ditutup kerana isu persaingan, lebihan bekalan dan peraturan baharu terhadap industri penanaman serta penjualan beberapa jenis ganja. Mereka yang terus kekal dalam industri ganja hanya akan menjual ganja berkualiti tinggi yang ditanam di dalam negara kerana pelabur kini tertumpu ke Thailand untuk membuka ladang ganja berteknologi tinggi dengan kos jutaan dolar. Walaupun tiada siapa yang tahu jenis peraturan yang akan dilaksanakan oleh kepimpinan baharu Thailand, pakar industri ganja berpendapat peraturan itu berkemungkinan besar akan memberi lebih kejelasan kepada pelabur dan memanfaatkan usahawan tempatan dengan rantaian perniagaan domestik terbaik di Thailand. Ketua Eksekutif bersama syarikat penanaman ganja, Medicana, Sirasit Praneenij berkata, 'wang pintar' akan mula masuk dan ramai penanam ganja di Thailand termasuk dirinya berbesar hati untuk mematuhi peraturan baharu yang akan dilaksanakan. Sumber: BH Online |
darkness replied at 1-9-2023 11:19 AM
Mula2 berkembang maju. Lama2 ranap...
ADVERTISEMENT