CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1400|Reply: 8

Industri Ganja Berkembang Maju Di Thailand, Kedatangan Pelancong Juga Bertambah

[Copy link]
Post time 28-8-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Sejak ganja dibenarkan penggunaannya di Thailand pada 2022, industri ganja di negara itu semakin mendapat permintaan dan secara langsung menyebabkan bilangan pelancong meningkat.


Dispensari menjual ganja juga berlipat ganda jumlahnya sejak kerajaan melonggarkan undang-undang berkaitan ganja pada 2022.


Gambar hiasan




Malah, ramai yang turut mengambil kesempatan daripada kelonggaran peraturan berkenaan untuk menjual ganja yang diimport secara haram dari Kanada atau Amerika Syarikat (AS) kepada pelancong.


Baru-baru ini, sebuah kedai dilihat mengiklankan tawaran produk seperti kek aiskrim dan biskut lemon yang mempunyai bahan ganja dalam makanan berkenaan, yang disifatkan terbaik dari California.


Justeru, pengusaha ganja tempatan menggesa kerajaan memberi sokongan untuk membangunkan potensi sektor itu dalam negara bagi memenuhi permintaan semasa yang terus meningkat.


Sehubungan itu, pakar industri ganja berkata kedai seumpamanya mungkin terpaksa ditutup kerana isu persaingan, lebihan bekalan dan peraturan baharu terhadap industri penanaman serta penjualan beberapa jenis ganja.


Mereka yang terus kekal dalam industri ganja hanya akan menjual ganja berkualiti tinggi yang ditanam di dalam negara kerana pelabur kini tertumpu ke Thailand untuk membuka ladang ganja berteknologi tinggi dengan kos jutaan dolar.


Walaupun tiada siapa yang tahu jenis peraturan yang akan dilaksanakan oleh kepimpinan baharu Thailand, pakar industri ganja berpendapat peraturan itu berkemungkinan besar akan memberi lebih kejelasan kepada pelabur dan memanfaatkan usahawan tempatan dengan rantaian perniagaan domestik terbaik di Thailand.


Ketua Eksekutif bersama syarikat penanaman ganja, Medicana, Sirasit Praneenij berkata, 'wang pintar' akan mula masuk dan ramai penanam ganja di Thailand termasuk dirinya berbesar hati untuk mematuhi peraturan baharu yang akan dilaksanakan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 03:03 PM | Show all posts
Sementara itu tanah air yang pernah bercita2 nak dapat tempias tourist dollar boleh kekal verangan sebab itu tak boleh ini tak boleh. Pelancung dengan pelacur pun tak reti beza.

Hotel2 megah dan mewah tu boleh convert jadi pusat gelandangan ja. Grand Seasons boleh, Four Seasons bila lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 11:24 PM | Show all posts
Byk juga kes gila..mental
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 12:23 AM | Show all posts
sedangkan di msia,,,tengok konsert pun dikecam..tak boleh. Rasuah ..fitnah je boleh dik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke yg jual halalhemp mcm tengku chanela duk promote tu!

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 08:37 AM | Show all posts


pelancong dlm jumlah yg besar spt yg ada di thailand memang menguntungkan negara mereka kerana kemasukan duit yang besar dari luar.... malaysia rasanya tak akan pakai ganja utk dijadikan tarikan sampai bila-bila, maka badan kerajaan berkaitan perlu perah otaklah untuk tarik mereka, jangan hanya nak kecam thai pulak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganja ni omputeh guna untuk healing healing konon....lama lama datangkan masalah lain sebab ganja adalah Anti Depressant dan juga Stimulant.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 berkembang maju. Lama2 ranap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 1-9-2023 11:19 AM
Mula2 berkembang maju. Lama2 ranap...

Betul. Xpyh la nk ikut Thailand ni. Yg masuk pelancong bagpacker yg byk buat mslh je nt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.928043 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list