Seorang pelajar bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Petronas, Maisarah Jedin kesal dengan tindakan ahli kumpulan K-pop BTS, Kim Namjoon atau RM memuat naik lagu Bad Religion nyanyian asal Frank Ocean menerusi Instagram miliknya, baru-baru ini.
"Ya Allah, geram sangat guys. Lagu Islamofobia telah dikongsi oleh seorang penyanyi famous K-pop tau. Namjoon upload Instagram Story yang dia ni dengar lagu Bad Religion. "Lagu ini menunjukkan unsur Islamofobia. Ia bertentangan dengan agama kita sebenarnya, sangat tak patut berlaku," ujarnya dalam satu video di TikTok yang meraih jutaan penonton. Apa yang lebih menyedihkan, Maisarah berkata ada segelintir peminat seolah-olah tidak sensitif dengan isu itu, bahkan turut mempertahankan tindakan penyanyi kesayangan mereka. "Benda ni dah menimbulkan kontroversi dalam kalangan peminat K-pop, mereka dah minta dan paksa Namjoon minta maaf. Lagi menyedihkan, ada K-pop fans yang cakap Namjoon tak patut minta maaf sebab dia hanya upload Instagram Story," ujarnya.
Maisarah berkata dia terpanggil untuk bersuara kerana mahu memberi kesedaran kepada anak muda, khususnya berkaitan isu Islamofobia. "Seperti kita tahu, anak muda zaman sekarang ramai yang meminati K-pop, jadi ini merupakan salah satu isu untuk kita lebih berjaga-jaga dalam memilih siapakah yang kita idolakan, terutama sebagai seorang Muslim. "Pesanan saya, kita nak berhibur boleh, cuma sebagai Muslim kita perlu jaga batasan. Bila berlebihan, kita dah melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah. Allah buat segala sesuatu peraturan ada sebabnya. "Dan bila kita buat sesuatu yang kita suka, belum tentu baik untuk kita. Yang kita rasa betul, belum tentu baik untuk kita," katanya kepada mStar. Maisarah turut memberi peringatan kepada orang ramai agar bijak memilih individu untuk diidolakan kerana semuanya bakal dipersoalkan di akhirat kelak. "Kita nak kena pilih betul-betul siapa idol kita sebab dekat akhirat nanti kita akan dikumpul dengan orang yang kita cintakan dan idolakan. Untuk seorang Muslim, berfikir-fikirlah kita nak minat K-pop atau siapa, sebab semuanya akan dibalas di akhirat nanti. "Kalau sampai tahap melibatkan agama, kita tak patut berkompromi lagi Saya geram juga sebab tiba-tiba lagu Islamofobia ini diangkat semula oleh orang yang famous dan orang tu ada ramai fans Muslim. Benda ni jangan dibiarkan sampai tak terbela," ujarnya lagi. Video Maisarah yang tular di TikTok turut dihujani hampir 5,000 komen netizen yang turut bersetuju dengan apa yang disuarakannya. Untuk rekod, Namjoon atau RM merupakan penyanyi rap bagi kumpulan BTS yang popular dengan lagu Dynamite, Fake Love dan banyak lagi. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT