CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8249|Reply: 6

Pelajar Malaysia Kesal Ahli BTS Kongsi Lagu Islamofobia! Parah Bila Ada Peminat Mulim Pertahan Artis Kesayangan

[Copy link]
Post time 28-8-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Petronas, Maisarah Jedin kesal dengan tindakan ahli kumpulan K-pop BTS, Kim Namjoon atau RM memuat naik lagu Bad Religion nyanyian asal Frank Ocean menerusi Instagram miliknya, baru-baru ini.

"Ya Allah, geram sangat guys. Lagu Islamofobia telah dikongsi oleh seorang penyanyi famous K-pop tau. Namjoon upload Instagram Story yang dia ni dengar lagu Bad Religion.


"Lagu ini menunjukkan unsur Islamofobia. Ia bertentangan dengan agama kita sebenarnya, sangat tak patut berlaku," ujarnya dalam satu video di TikTok yang meraih jutaan penonton.


Foto: mStar




Apa yang lebih menyedihkan, Maisarah berkata ada segelintir peminat seolah-olah tidak sensitif dengan isu itu, bahkan turut mempertahankan tindakan penyanyi kesayangan mereka.


"Benda ni dah menimbulkan kontroversi dalam kalangan peminat K-pop, mereka dah minta dan paksa Namjoon minta maaf. Lagi menyedihkan, ada K-pop fans yang cakap Namjoon tak patut minta maaf sebab dia hanya upload Instagram Story," ujarnya.


Maisarah berkata dia terpanggil untuk bersuara kerana mahu memberi kesedaran kepada anak muda, khususnya berkaitan isu Islamofobia.


"Seperti kita tahu, anak muda zaman sekarang ramai yang meminati K-pop, jadi ini merupakan salah satu isu untuk kita lebih berjaga-jaga dalam memilih siapakah yang kita idolakan, terutama sebagai seorang Muslim.


"esanan saya, kita nak berhibur boleh, cuma sebagai Muslim kita perlu jaga batasan. Bila berlebihan, kita dah melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah. Allah buat segala sesuatu peraturan ada sebabnya.


"Dan bila kita buat sesuatu yang kita suka, belum tentu baik untuk kita. Yang kita rasa betul, belum tentu baik untuk kita," katanya kepada mStar.


Pelajar Malaysia Kesal Ahli BTS Kongsi Lagu Islamofobia! Parah Bila Ada Peminat Mulim Pertahan Artis Kesayangan





Maisarah turut memberi peringatan kepada orang ramai agar bijak memilih individu untuk diidolakan kerana semuanya bakal dipersoalkan di akhirat kelak.


"Kita nak kena pilih betul-betul siapa idol kita sebab dekat akhirat nanti kita akan dikumpul dengan orang yang kita cintakan dan idolakan. Untuk seorang Muslim, berfikir-fikirlah kita nak minat K-pop atau siapa, sebab semuanya akan dibalas di akhirat nanti.


"Kalau sampai tahap melibatkan agama, kita tak patut berkompromi lagi Saya geram juga sebab tiba-tiba lagu Islamofobia ini diangkat semula oleh orang yang famous dan orang tu ada ramai fans Muslim. Benda ni jangan dibiarkan sampai tak terbela," ujarnya lagi.


Foto: mStar




Video Maisarah yang tular di TikTok turut dihujani hampir 5,000 komen netizen yang turut bersetuju dengan apa yang disuarakannya.


Untuk rekod, Namjoon atau RM merupakan penyanyi rap bagi kumpulan BTS yang popular dengan lagu Dynamite, Fake Love dan banyak lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun Islam tidak melarang mengenai soal hiburan tetapi perlulah kita ingat bahawa Islam tidaklah membuka ruang hiburan dengan seluas-luasnya sehingga tidak ada batasan sama sekali.

Islam memberikan satu garis panduan secara umum agar kita boleh menilai setiap hiburan yang kita lakukan.

Antara garis panduan yang ditetapkan di dalam Islam ialah:

1. Sebarang bentuk hiburan tidak boleh bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.

2. Hiburan dalam bentuk menghina, menjatuhkan maruah atau membuka aib seseorang adalah ditegah di dalam Islam.

3. Hiburan yang menyerupai agama lain dari sudut pegangan ataupun ibadah mereka adalah dilarang sama sekali.

4. Hiburan yang tidak mendatangkan faedah sama sekali maka ia juga dilarang didalam Agama Islam.

5. Hiburan yang mengenakan orang (prank) agar mereka takut atau terkejut tidak dibenarkan didalam Islam.

Tang mana kpop dan hiburan2 nyanyian artis kita ni sesuai dlm islam..pakaian pun bercanggah dgn islam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:05 PM | Show all posts
"Lagu ini menunjukkan unsur Islamofobia. Ia bertentangan dengan agama kita sebenarnya, sangat tak patut berlaku," ujarnya dalam satu video di TikTok yang meraih jutaan penonton.


hipokrit nya la hai statement budak ni
1) band bts tu sendiri, album, single dan lagu nya patuh syariah ke? huhuhu
2) aku setuju pendapat yg RM ni tak perlu minta maaf, he dont owe an apology to anyone. pendapat, preference, lifestyle tu pilihan peribadi. dia punya fans nak mati pon tak dipaksa utk jadi fans, semua tu pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tu..la aku sangkut kt lagu jiwang tangkap leleh....xde isu yg tabaik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:45 PM | Show all posts
yg melayu islam bertudung juga yg hilang akal yg waras bergelek bila dgr lagu k-pop yg maha cheap yg mudah sgt diprogram pd computer.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak betul2 terganggu dengan tanda baca anak2 sekarang be it klas depan ka blakang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2023 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
klu r.m ni mmg x heran pun....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.449440 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list