CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kritik Kerajaan, Penyanyi Rap Myanmar Dipenjara 20 Tahun

26-8-2023 03:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1830| Komen: 0

Yangon: Penyanyi rap terkenal Myanmar, Byu Har, 38, dihukum penjara 20 tahun gara-gara mengkritik kerajaan negara itu.

Perkembangan itu dikongsikan salah seorang ahli keluarganya kepada agensi berita The Associated Press, semalam.



Menurutnya, Byu Har yang juga dikenali sebagai Min Oat Myanmar dipenjarakan kerana menyebarkan berita palsu tentang kakitangan kerajaan selain membuat kenyataan dengan niat mencetuskan huru hara dalam kalangan masyarakat. 

Penyanyi lagu Beautiful Girl itu ditahan pihak berkuasa di kediamannya pada 24 Mei lalu, beberapa jam selepas mengkritik ketua pemerintah dan menteri tenaga asli negara itu.

Dalam kritikan yang dibuat menerusi sesi live stream di Facebook, Byu Har menyelar dua individu terbabit, menyifatkan mereka tidak kompeten gara-gara masalah gangguan bekalan elektrik yang semakin menjadi-jadi di Yangon.

Masalah tersebut semakin membelenggu rakyat negara itu apabila kerajaan Myanmar melaksanakan pencatuan bekalan elektrik yang bertujuan untuk menjimatkan penggunaan tenaga berkenaan.


Sumber: Utusan


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066072 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top