CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik Dan Busuk, Longkang Penuh Bulu Dan Organ Ayam

25-8-2023 07:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 25658| Komen: 20

Selayang: Jijik, kotor dan berbau. Itu keadaan longkang di persekitaran sebuah kilang sembelihan dan memproses ayam di Taman Selayang Utama, di sini.

Tambah menjijikkan apabila sisa ayam seperti bulu, organ ayam dan darah ayam memasuki saliran Indah Water Konsortium (IWK) sehingga menyebabkan longkang tersumbat.


KEADAAN longkang di sekitar sebuah kilang sembelihan dan memproses ayam di Taman Selayang Utama. FOTO Ihsan MPS.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya menjalankan operasi di premis berkenaan, semalam.

"Operasi itu dijalankan Unit Kawalan Mutu Makanan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS selepas menerima aduan daripada portal SISPAA-MPS.

"Susulan pemeriksaan dilakukan, tindakan penutupan serta-merta selama 14 hari sehingga dibersihkan secara menyeluruh diambil terhadap pemilik premis berkenaan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan dan Establisyment Makanan 2007," katanya.


Menurutnya, pemilik premis juga dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 19(1)d UUK Establisyment Makanan MPS 2007

berjumlah RM500 iaitu pelepasan 'effluen' seperti darah dan bulu ayam terus ke dalam longkang.

"MPS akan terus membuat pemantauan secara serius dan pemilik premis perniagaan diarahkan untuk mengikut spesifikasi.

"Pemilik premis juga diminta mematuhi garis panduan dan arahan ditetapkan atau tindakan tegas akan diambil kepada pihak berkaitan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 25-8-2023 09:45 PM
RM500 jer...
Quote dua_chzy 25-8-2023 10:01 PM
Tergamak deols buang gitu je dalam longkang...baik derma kat animal shelter boleh gak dimasak kasik anjing makan, demit.
Quote kakigebang 25-8-2023 11:58 PM
airfilterkotor replied at 25-8-2023 09:45 PM
RM500 jer...

Aku baru nak komen benda yg sama... Oh Malaysiaku
Quote honeybee1802 26-8-2023 12:14 AM
airfilterkotor replied at 25-8-2023 09:45 PM
RM500 jer...

Erkkk...ltk la rm500 000.....bior buntang skit mata tu...
Quote jari10 26-8-2023 05:46 AM
500 je? Malaun yg membuat kerosakan alam itu je dendanya?
Quote kucingitam 26-8-2023 10:07 AM
sikitnya denda
Quote Knowlee 26-8-2023 10:43 AM
dah tiba masa kena revise semua akta yg denda murah sgt ni. RM500 tu zaman 70an sesuai la. Ni dah tahun 2023, patut denda RM500000. Kalau tak dapat bayar, penjara 20 tahun dgn sebat.
Quote Atata 26-8-2023 11:17 AM
dua_chzy replied at 25-8-2023 10:01 PM
Tergamak deols buang gitu je dalam longkang...baik derma kat animal shelter boleh gak dimasak kasik  ...

Entahhh. Membazir! Atau dia nak kasi biawak makan kat longkang mungkin
Quote airfilterkotor 26-8-2023 11:20 AM
honeybee1802 replied at 26-8-2023 12:14 AM
Erkkk...ltk la rm500 000.....bior buntang skit mata tu...

Dah cemar longkang/sungai dikirakan berat kesalahan ni.

Apa...? RM500...? mehhh.
Quote airfilterkotor 26-8-2023 11:23 AM
Tapi RM500 tu kompaun dari majlis perbandaran.
Kalau kompaun dari JPS mungkin tokey ayam boleh nanges dibucu katil kot.
Quote kemaruk 26-8-2023 11:35 AM
rohinja punya angkara ke
Quote JunkMail 26-8-2023 12:08 PM
Denda kalau kau rentas sempadan masa kobid pun cecah 10k..ni denda setakat 500 kat company untung berjuta...celah bontot ayam dia je bayar
Quote honeybee1802 26-8-2023 12:12 PM
airfilterkotor replied at 26-8-2023 11:23 AM
Tapi RM500 tu kompaun dari majlis perbandaran.
Kalau kompaun dari JPS mungkin tokey ayam boleh nange ...

Oooo...ptt le...sbb baru terigt kes sate samuri..pekerja dia yg pi buang...alam sekitsr cek2 rupanya dr kilang dia...besar beribu gak dendanya...
Quote AcikCleaner 26-8-2023 12:15 PM
Jijiknya longkang tu..mesti bau busuk n banyak langau kat situ
Quote airfilterkotor 26-8-2023 01:13 PM
honeybee1802 replied at 26-8-2023 12:12 PM
Oooo...ptt le...sbb baru terigt kes sate samuri..pekerja dia yg pi buang...alam sekitsr cek2 rupan ...

Denda dia kalau tak silap pulohan ribu jugak, tapi anak tokey satay tu bayar denda senafas jer.
Banyak tak banyak la duit dorang.  

Memandangkan keadaan sekarang ni alam sekitar pun teruk dah,
patut kena up main juta-juta + penjara baru la goyang, nak buang sisa pun pikir 50 kali.
Quote Zazama 26-8-2023 11:35 PM
Bila pergi Selayang rasa mcm bukan kt Malaysia jek.
Quote Lagubestbest 27-8-2023 12:06 AM

tu la tu. patut kalau residential warga emas rumah nak roboh dah bolehla denda gitu, industri kalau pau kaw2 la.
Quote dua_chzy 27-8-2023 01:14 AM
Geli betul tengok gambar tu.

Sapa nak diet dengan berjaya, boleh save gambar ni kat fon. Masa makan, tengok. Ha kau. Confirm diet kau menjadi.
Quote hmmlantakko 27-8-2023 01:00 PM
bala utk selangor darul pati

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.409725 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top